Alhamdulillah anak-anak semuanya sihat belaka, dan memberikan kerjasama yang baik. Kami mengemas apartment, membuang semua sampah, dan menyimpan barang dalam kereta. Check out mudah sahaja, hanya perlu meletakkan kunci di dalam mail box.
CAMERON VALLEY BHARAT TEA HABU CAMERON HIGHLAND
Dalam perjalanan menuruni tanah tinggi, kami singgah di beberapa tempat. Yang paling penting, ialah kami singgah sekali lagi ke Bharat Cameron Valley Tea Plantation, yang paling hampir dengan Habu. Dari Tanah Rata, ada 2 perhentian Bharat. Yang pertama, di tepi jalan juga, dan menarik juga pemandangannya. Ada kafe, dan boleh turun ke ladang percuma.
Yang kedua, sama juga di tepi jalan, ada kafe, tetapi untuk turun ke ladang, dewasa dikenakan caj RM2. Ada pemandangan air terjun kecil dengan jambatan mini di lembah sana. Pandangan saujana mata memandang. Untuk turun ke lembah sana, agak jauh juga perjalanannya. Pihak pengurusan menyediakan khidmat kereta buggy untuk turun ke bawah. RM10 dewasa RM5 kanak-kanak. Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Pemandangan dari kafe. D7000 Tokina 11-16 2.8 |
Pemandangan dari kafe, menghala ke lembah. D7000, Tokina 11-16 2.8. |
Drive like a boss (bergambar je) |
View sebenar di sekitar air terjun mini keruh ... EM5 45mm 1.8 |
Bagi saya, daripada minum teh mahal-mahal di kafe, lebih baik melabur untuk dapatkan khidmat buggy car menuju ke bawah.
Lanskap yang mendamaikan |
Selain itu, ada lagi beberapa destinasi persinggahan kami sebelum dan selepas ke Bharat Tea Plantation.
The Lakehouse, berhampiran Ringlet. Perhatikan tasik/sungai yang keruh... |
Smoke House |
Smoke House |
Smoke House |
Smoke House |
Smoke House |
Smoke House |
Lake House, Ringlet |
Lake House, Ringlet |
Sebagai penutup, berikut merupakan tips peribadi saya untuk pengunjung ke Cameron Highlands:
TIPS MELANCONG KE CAMERON HIGHLANDS
1. Waktu terbaik untuk melancong ke sana ialah weekdays, bukan pada cuti sekolah. Elakkan traffic jam.
2. Tempat terbaik untuk tinggal, ialah di Tanah Rata (again, personal preference)
3. Buat itinerari awal, berpandukan kepada peta. Jangan main redah sahaja.
4. Bawa jaket, dan kasut berjalan/sukan, kerana perlu banyak mendaki.
5. Kawal perbelanjaan khususnya di kafe hipster berkonsep.
6. Untuk jimat, masak sendiri. Atau sekurang-kurangnya, masak nasi.
7. Patuhi undang-undang jalan raya, jangan menyusahkan orang lain.
8. Dobi layan diri hanya ada satu sahaja di CH, iaitu di Brinchang.
Cameron Highlands Part 1 :: Perjalanan Kuantan - Bentong - Raub - Sg Koyan - Ringlet :: Bee Farm
Cameron Highlands Part 2 :: Home Stay - Tanah Rata - Kafe Bharat - Kedai Mamak Terbaik
Cameron Highlands Part 3 :: Lavender Garden
Cameron Highlands Part 4 :: Boh Tea Centre Sungei Palas
Cameron Highlands Part 5 :: Cactus Park : Time Tunnel Gallery : Dobi Layan Diri
Cameron Highlands Part 6 :: Masjid Abu Bakar Tanah Rate : Rose Centre
Cameron Highlands Part 7 :: Taman Agro Teknologi Mardi: Kafe Abang Strawberi
Cameron Highlands Part 8 :: Menaiki Buggy ke Cameron Valley