Thursday 1 December 2016

Cameron Highlands Part 8 :: Menaiki Buggy ke Bharat Tea Plantation

Hari ini, hari keempat kami di Cameron Highland. Selepas subuh di Masjid Abu Bakar, terasa sayu pula untuk meninggalkan tanah tinggi yang dingin ini. Selepas membeli sarapan, saya terus bergegas ke apartment untuk berkemas pulang.

Alhamdulillah anak-anak semuanya sihat belaka, dan memberikan kerjasama yang baik. Kami mengemas apartment, membuang semua sampah, dan menyimpan barang dalam kereta. Check out mudah sahaja, hanya perlu meletakkan kunci di dalam mail box. 

CAMERON VALLEY BHARAT TEA HABU CAMERON HIGHLAND

Dalam perjalanan menuruni tanah tinggi, kami singgah di beberapa tempat. Yang paling penting, ialah kami singgah sekali lagi ke Bharat Cameron Valley Tea Plantation, yang paling hampir dengan Habu. Dari Tanah Rata, ada 2 perhentian Bharat. Yang pertama, di tepi jalan juga, dan menarik juga pemandangannya. Ada kafe, dan boleh turun ke ladang percuma.

Yang kedua, sama juga di tepi jalan, ada kafe, tetapi untuk turun ke ladang, dewasa dikenakan caj RM2. Ada pemandangan air terjun kecil dengan jambatan mini di lembah sana. Pandangan saujana mata memandang. Untuk turun ke lembah sana, agak jauh juga perjalanannya. Pihak pengurusan menyediakan khidmat kereta buggy untuk turun ke bawah. RM10 dewasa RM5 kanak-kanak. Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini. 

Pemandangan dari kafe. D7000 Tokina 11-16 2.8

Pemandangan dari kafe, menghala ke lembah. D7000, Tokina 11-16 2.8.

Drive like a boss (bergambar je)

View sebenar di sekitar air terjun mini keruh ... EM5 45mm 1.8
Bagi saya, daripada minum teh mahal-mahal di kafe, lebih baik melabur untuk dapatkan khidmat buggy car menuju ke bawah. 

Lanskap yang mendamaikan
Selain itu, ada lagi beberapa destinasi persinggahan kami sebelum dan selepas ke Bharat Tea Plantation. 

The Lakehouse, berhampiran Ringlet. Perhatikan tasik/sungai yang keruh...

Smoke House

Smoke House

Smoke House

Smoke House

Smoke House

Smoke House

Lake House, Ringlet

Lake House, Ringlet

Sebagai penutup, berikut merupakan tips peribadi saya untuk pengunjung ke Cameron Highlands:

TIPS MELANCONG KE CAMERON HIGHLANDS

1. Waktu terbaik untuk melancong ke sana ialah weekdays, bukan pada cuti sekolah. Elakkan traffic jam. 
2. Tempat terbaik untuk tinggal, ialah di Tanah Rata (again, personal preference)
3. Buat itinerari awal, berpandukan kepada peta. Jangan main redah sahaja.
4. Bawa jaket, dan kasut berjalan/sukan, kerana perlu banyak mendaki. 
5. Kawal perbelanjaan khususnya di kafe hipster berkonsep. 
6. Untuk jimat, masak sendiri. Atau sekurang-kurangnya, masak nasi. 

1 comment:

  1. Ohhh...last time i tiba Brinchang by bus tahun 2013..dulu. Singgah strawbery park dan Equotorial hotel. Transit by taxi...

    ReplyDelete