Thursday 24 December 2015

National Carnival on eLEarning (NUCEL 2015) @ UPSI

Alhamdulillah, staf CAIC UMP amat bermurah hati untuk mempertandingkan antara produk komersial saya di dalam NUCEL 2015. Sekiranya tahun lepas saya memperolehi emas dengan produk 'TITAS Go Green', pada tahun ini saya mempertaruhkan produk iMufti bagi tujuan mobile learning. Pada tahun ini, saya bersyukur walaupun sekadar mendapat tempat perak.

iMufti adalah projek antara Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan developer team di bawah kendalian saya di UMP.

UPSI terletak di Tanjung Malim. Pertandingan di buat di Kampus Sultan Azlan, bukannya di kampus lama.

Tanjung Malim memang kawasan yang agak menarik. Kerana ianya bersempadanan dengan Selangor, pada belah pagi biasanya kawasan sekitar akan berkabus. Ini disebabkan lokasinya yang betul-betul berada di lembah banjaran Titiwangsa.

Antara yang popular di sini ialah Pau Yik Mun. Kedai ini sudah lama dibuka, bahkan emak saya yang sudah berumur lebih 68 tahun masih mengingati kedai ini semasa emak mengambil kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris.

Saya mempertandingkan produk iMufti

Rakan sejabatan saya, saudara Imaduddin dan isteri Anita sedang diadili oleh juri. 

Booth Saudari Hafizoah menarik minat warga Perancis.  
Masjid Jamek Tanjung Malim, berhampiran dengan UPSI Kampus lama. Sangat nostalgik, gambar unedited ini pun agak dramatik 

Papan tanda di luar pagar. 

Kolah wudu'

Masih menggunakan cara lama, KAPUR. Mungkin ramai cikgu di sini kot... 

Pintu masuk utama

Dibina pada tahun 1932 lagi.

Ruang solat utama. Cantik sangat design masjid ini. Menenangkan, berpendinginhawa. 
Lepas maghrib, saya melepak di Lampuneon Cafe Tanjung Malim. Kafe bertemakan heavy metal. 

Harga makanan barat. Chicken chop dia memang sedap. 

Masakan bagi orang yang tak boleh tak makan nasi :P

Burger and side dish corner. 

Menu air. Sayangnya, tiada kopi espresso. 

Air Blue Lagoon pilihan saya. Campuran air asam boy, limau dan sprite/lemon fizzy drink. 

Koleksi Metal bos...

Lagi koleksi

Siapa lagi pengunjung utama kedai ini kalau bukan pelajar UPSI...


Chicken chop ni saya bagi 5 bintang. Bukan digoreng bodoh, tapi dibakar dan dihidangkan dengan black paper with mushroom. Cuma ketangnya bukan taste saya, kerana lembik akibat panas hot pan ini. 
Ketika saya menggoreng. Gorengan kali ini kurang menjadi, hanya dapat silver sahaja. Alhamdulillah...

Masjid Baru UPSI. 

Pemenang-pemenang medal dari UMP

Adam Brimo, pengasas open learning. Muda lagi, 27 tahun. 

Dr Kamal dapat hadiah cabutan bertuah. 

Kubah masjid UPSI

Tenang sungguh di sini, dengan berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa. 

Menenangkan...

Proton City, hanya 1 km daripada kampus baru UPSI.  
Hilang letih selepas bekerja pasang kereta apabila melihat pemandangan gunung ganang ini. 

Kuantan Medical Centre

Minggu lepas, saya dan keluarga mempunyai komitmen untuk 'bertanding' dalam beberapa pertandingan dalam masa 5 hari.

Jumaat - PhD Proposal Defence - diluluskan

Sabtu - Memanah Terbuka anjuran Habib Sheikh Archery Club (tempat ke-8, amat puas hati kerana dapat top ten

Ahad - Anak-anak masuk bertanding karate KL Mayor's International Cup Championship. Hakim dapat bronze individual kumite, Raed dapat gangsa team kumite. Atif pula seakan-akan hilang fokus.
Isnin-

Isnin - Selasa: Pertandingan Produk Penyelidikan (iMufti) di dalam National Carnival on eLearning di UPSI. Alhamdulillah, perak sahaja tahun ini. Tahun lepas dapat emas

Oleh kerana saya pulun habis dalam semua acara di atasnya, akhirnya saya hampir collapse seolah-olah vertigo, semasa memandu. Untungnya alhamdulillah, ketika itu saya memandu di kawasan taman, perlahan, dan isteri tersayang saya ada di sisi. Beliau juga akhirnya memandu buat kali pertama dengan saya, dari KL ke Kuantan.

Minggu hadapannya baru saya berjumpa doktor pakar, dan dinasihatkan untuk berehat di wad. Saya memilih Kuantan Medical Centre kali ini, kerana lokasinya yang hanya 5 minit memandu daripada rumah saya.

Saya baca review, ramai orang memberikan komen negatif terhadap perkhidmatan KMC. Mungkin lain orang lain nasibnya. Saya secara peribadi, amat berpuas hati dengan khidmat mereka, terutamanya kepada Dr Suhaimi dan nurse di Wad Zamrud 2.

Papan tanda wad di setiap tingkat. Tingkat 4-7 semuanya bilik wad. Ramai orang yang berdaftar di sini, justeru perlu menunggu beberapa hari untuk katil .

Terdapat lif yan banyak di KMC baru ini. Kalau diingat semula bangunan KMC lama, memang sedih dan amat uzur. 

Gambar lobby dari dalam. Nampak mewah. 

Kaunter pendaftaran. Apa-apahal, kena daftar di sini dahulu. Ambil nombor giliran di kaunter pertanyaan.  
Juruwang dan farmasi di GF. 

Main entrance dari luar

Gloria Jean's Coffees pun ada di sini. Ada dijual kopi2 espresso, makanan barat dan juga selera tempatan. Harganya, faham-faham sahajalah..

Ada juga Juice Station di sini, untuk pilihan yang sihat. 

Tempat parking yang luas. 

Tempat parking yang luas. Ramai yang complaint mahal. Sehari RM4. Dengan sebab itu, ramai yang parking di luar kawasan hospital, dan sanggup menanggung risiko disaman oleh pihak berkuasa. 

Antara landscape yang ada di sini. Menarik juga, bila dah boring duduk ward, bolehlah berjalan sekitar hospital ini. 
Secara keseluruhan, dengan mengambil kira lokasi yang terlalu dekat dengan rumah saya, serta bangunan yang baru beroperasi sekitar setahun, saya amat berpuas hati dengan khidmat KMC. Moga kekurangan, khasnya dalam kalangan staff di meja pendaftaran, dapat diperbaiki.

Tuesday 1 December 2015

MyNy Cafe - Menu New York di Kuantan

Alhamdulillah sempena hari ulang tahun kelahiranku, isteri terchenta telah belanja saya dan anak-anak makan tengah hari di salah sebuah restoran yang sedang mencanang naik di Kuantan, iaitu Kafe MYNY.

MY for Malaysia, NY for New York 
Terletak berhampiran dengan UIA Kuantan
Restoran ini berkonsepkan hybrid antara menu New York dan menu Malaysia. Owner ialah warga NY sendiri yang telah berkahwin dengan warga Malaysia (please, do not play with racist card). Mendapat Sijil Halal JAKIM. Ketua chef dan pekerjanya juga adalah Muslim.

FB: klik
Lokasi: 3.834766, 103.301132

Kafe ini terletak di Indera Mahkota, betul-betul berhadapan dengan Manja Boutique Hotel. Antara tarikan lain di sekitarnya ialah Adham Bike Centre, TMG Express, Eastern Shadow (kedai memanah pertama di Kuantan) dan lain-lain lagi. Selain di IM, terdapat cawangan lain di Air Putih dan Taman Tas.

Reception counter is very well designed and welcoming. Nampak tak gambar owner, chef botak di belah kanan gambar? 

Inilah buku menunya....
Tu gambar Chef Botak NY. Setuju sahajalah bahawa orang botak memang mampu membuat anda tersenyum.. hehe

Finger foods, favorite orang NY kerana cara hidup yang serba serbi ekspres. 

Menu yang mudah faham dan ringkas

Pilihan spaghetti..

Pizza New York

Menu Malaysia. Saya tidak cuba, kerana berpendapat lebih baik makan menu NYsahaja di kafe ini. 

Pilihan desserts, betul-betul mengghiyurrrrkan. 

Family and friends set. 

Fakta menarik mengenai NY

Fridge kek. Bagi saya, mengalahkan satu lagi brand yang ternama di Malaysia. Harga kek amat murah berbanding kesedapan dan juga kualiti yang ditawarkan. Cheese cake kafe ini, memang full mark. Tiada tandingan. 

Selain kek dan menu berat, ada juga dijual snek, roti dan sandwic. 

Biskut signature mereka memang sedap. Harga mini bun/pizza/roti pula adalah murah, berbanding dengan persekitaran kafe yang agak selesa dan kelihatan mewah. Sesuai sangat untuk minum ringan / petang. 

Kafe ini menyewa 2 lot kedai. Selesa dan luas. Aircond.

Hiasan dinding dipenuhi dengan gambar malam di NY dan juga MY.  
Persekitaran yang menyenangkan mata... 


Signature drink. Choc milk shake. Ditabur dengan biscuit crumbs dan choc chips. Very generous. Amatlah sedap, terbawa-bawa sampai ke rumah. 5 bintang. 

Cappucino. Airnya separuh cawan sahaja, dijamu dengan air gula (sejuk) dalam cawan kecil jernih dan butter biscuit. Saya kurang pasti sama ada ianya standard atau tidak, tetapi yang dijamu untuk saya ini, apabila saya menuang air gula ke cappucino ini, airnya menjadi suam-suam menghampiri sejuk. Rasa kopinya juga kurang umphh, tidak menepati selera saya. 3 bintang sahaja untuk cappucino ini. 

Grilled chicken chop. 4.5 bintang. 

Grilled chicken cheese burger. Saya bagi 5 bintang penuh gemilang terbilang untuk burger ini. Sedap sangat.  
Fish n chips. Saya tak makan, tapi kelihatan enak sekali. 
Spaghetti ni memang sedap, tapi... er.... di atas melamine plate? Kenapa hidangan lain di atas pinggan kaca?

Secara keseluruhan, kedai ini menawarkan pilihan makanan barat dan timur yang amat sedap, dan yang paling penting, dengan harga yang murah berbanding kualiti dan kemasan dalaman kafe. Kalau diizinkan Allah untuk makan di sini sekali lagi, menu yang saya akan beli ialah Cheese Chicken Grilled Burger, Milk Shake dan juga cheese cake. Amat sedap sekali.

4.5 bintang untuk MYNY cafe. Tak cukup separuh bintang, pasal saya dapat cappucino yang sudah agak sejuk.