Alhamdulillah, staf CAIC UMP amat bermurah hati untuk mempertandingkan antara produk komersial saya di dalam NUCEL 2015. Sekiranya tahun lepas saya memperolehi emas dengan produk 'TITAS Go Green', pada tahun ini saya mempertaruhkan produk iMufti bagi tujuan mobile learning. Pada tahun ini, saya bersyukur walaupun sekadar mendapat tempat perak.
iMufti adalah projek antara Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan developer team di bawah kendalian saya di UMP.
UPSI terletak di Tanjung Malim. Pertandingan di buat di Kampus Sultan Azlan, bukannya di kampus lama.
Tanjung Malim memang kawasan yang agak menarik. Kerana ianya bersempadanan dengan Selangor, pada belah pagi biasanya kawasan sekitar akan berkabus. Ini disebabkan lokasinya yang betul-betul berada di lembah banjaran Titiwangsa.
Antara yang popular di sini ialah Pau Yik Mun. Kedai ini sudah lama dibuka, bahkan emak saya yang sudah berumur lebih 68 tahun masih mengingati kedai ini semasa emak mengambil kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris.
|
Saya mempertandingkan produk iMufti |
|
Rakan sejabatan saya, saudara Imaduddin dan isteri Anita sedang diadili oleh juri. |
|
Booth Saudari Hafizoah menarik minat warga Perancis. |
|
Masjid Jamek Tanjung Malim, berhampiran dengan UPSI Kampus lama. Sangat nostalgik, gambar unedited ini pun agak dramatik |
|
Papan tanda di luar pagar. |
|
Kolah wudu' |
|
Masih menggunakan cara lama, KAPUR. Mungkin ramai cikgu di sini kot... |
|
Pintu masuk utama |
|
Dibina pada tahun 1932 lagi. |
|
Ruang solat utama. Cantik sangat design masjid ini. Menenangkan, berpendinginhawa. |
|
Lepas maghrib, saya melepak di Lampuneon Cafe Tanjung Malim. Kafe bertemakan heavy metal. |
|
Harga makanan barat. Chicken chop dia memang sedap. |
|
Masakan bagi orang yang tak boleh tak makan nasi :P |
|
Burger and side dish corner. |
|
Menu air. Sayangnya, tiada kopi espresso. |
|
Air Blue Lagoon pilihan saya. Campuran air asam boy, limau dan sprite/lemon fizzy drink. |
|
Koleksi Metal bos... |
|
Lagi koleksi |
|
Siapa lagi pengunjung utama kedai ini kalau bukan pelajar UPSI... |
|
Chicken chop ni saya bagi 5 bintang. Bukan digoreng bodoh, tapi dibakar dan dihidangkan dengan black paper with mushroom. Cuma ketangnya bukan taste saya, kerana lembik akibat panas hot pan ini. |
|
Ketika saya menggoreng. Gorengan kali ini kurang menjadi, hanya dapat silver sahaja. Alhamdulillah... |
|
Masjid Baru UPSI. |
|
Pemenang-pemenang medal dari UMP |
|
Adam Brimo, pengasas open learning. Muda lagi, 27 tahun. |
|
Dr Kamal dapat hadiah cabutan bertuah. |
|
Kubah masjid UPSI |
|
Tenang sungguh di sini, dengan berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa. |
|
Menenangkan... |
|
Proton City, hanya 1 km daripada kampus baru UPSI. |
|
Hilang letih selepas bekerja pasang kereta apabila melihat pemandangan gunung ganang ini. |
No comments:
Post a Comment