Friday, 18 March 2016

Menjejak Gerhana di Palembang (Bahagian I)

Dengan izin dan rahmat Allah, saya menyertai rombongan Jabatan Mufti Negeri Pahang dan MUIP bagi melakukan penyelidikan ke atas fenomena gerhana matahari penuh di Palembang.

Kami bertolak dari KLIA2 pada 7 Mac 2016. Gerhana matahari berlaku pada 9 Mac 2016. Ada antara kami yang pulang pada 10 Mac, dan ada yang pulang pada 11 Mac.

Sebenarnya, saya telah membeli tiket dan menguruskan penginapan lebih setahun yang lalu, bersama-sama dengan team Falak Online. Kami adalah antara rakyat Malaysia terawal yang merancang perjalanan ini. Akan tetapi setelah Jabatan Mufti dan MUIP turut berhasrat melakukan penyelidikan yang sama, saya telah dijemput sekali atas kapasiti ahli Jawatankuasa Falak Negeri Pahang.

Mengapa ke Palembang? Bukankah di Malaysia nampak juga gerhana matahari? 

Jawapannya ialah kerana di Palembang serta beberapa kawasan di Indonesia, bumi akan menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh, sementara di Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana matahari separa sahaja. Ini bermakna di Palembang, semasa gerhana matahari maksimum (totaliti), bumi akan bergelap sekitar 1:47 minit.

Ini adalah peluang kepada pengkaji untuk membuat cerapan, merakam imej serta membuat beberapa penyelidikan yang tidak dapat dibuat di Malaysia. Justeru, ada keperluan untuk menganjurkan rombongan ini.

Trip kami diuruskan oleh Travel 360 yang berpejabat di UTC Kuantan.

Perjalanan saya dan sebahagian ahli rombongan bermula pada malam 6 Mac. Van yang diuruskan oleh agensi pelancongan mengambil kami di KUIPSAS pada jam 11 malam. Van yang diberikan agak uzur, berbunyi bising. Sejujurnya, memang tidak selesa. Kasihan melihat ahli rombongan yang agak berusia.

Ahli rombongan yang bergerak dari KUIPSAS

Van yang memang tidak selesa. 
Perjalanan kami dari Kuantan ke KLIA@ memakan masa hampir 6 jam! Semua peserta rombongan mengadu sakit badan.

Berkumpul dulu PM Dr Bahar dan Team Falak Online. 

First breakfast di Dunkin Donut. Affordable.  
Majoriti penumpang flight adalah pencerap dari Malaysia, mewakili pelbagai institusi. 

In flight meal. Belilah sebelum boarding. Beriyani ayam ini saya bagi 4 bintang. 

Perjalanan AirAsia ke Palembang mengambil masa sejam setengah. Kesian juga melihatkan pramugari yang mengejar masa untuk menjamu penumpang kapal terbang dengan juadah masing-masing. Siapa yang duduk di bahagian belakang dan ingin membeli makanan tanpa tempahan awal, kebanyakannya tidak akan berkesempatan kerana jarak perjalanan yang singkat.

Palembang dari udara sebelum mendarat. Banyak kawasan Palembang masih kehijauan. 
Setelah mendarat, perkara yang paling kami khuatirkan ialah pemeriksaan kastam. Rata-rata pencerap membawa barang kajian dan rakaman yang berat dan mahal. Ikut sahajalah peraturan, inshaAllah lepas. Kami membuat deklarasi peralatan yang dibawa. Alhamdulillah, semuanya lepas masuk.

Setelah keluar dari Bandara Palembang, kami disambut oleh wakil agensi perlancongan lokal.

Jalan Masuk ke Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang

Ibu Inda merupakan travel guide kami. Amat mesra dan berpengetahuan mengenai Palembang. Bas yang disediakan amat selesa. Dapatlah kami berwisata secara santai. 

Bertudung pink itu ialah Ibu Ninik. Salah seorang pegawai agensi pelancongan Indonesia. Bersama-sama dengan dengan rombongan kami, ada pewisata dari Jogja dan Jakarta. Agak janggal juga mengapa mereka dibenarkan menyertai rombongan sebuah kerajaan negeri. Sepatutnya tidak berlaku. Tetapi mereka ini amat mesra orangnya, dan amat baik. Tidak mengapalah, kita kan serumpun..

Aktiviti pertama kami setelah sampai ialah makan tengahari di Rumah Makan Sederhana. 

Oleh kerana agak kelaparan, memang licinlah juga juadah masakan Padang ini. Ayam goreng (saiz kecil) dan lado/cabe hijau itu memang penaik selera saya. 


Dengan tema juadah masakan Padang, Rumah Makan Sederhana adalah rangkaian frachise di provinsi ini. Kualiti hidangan dikatakan berbeza antara satu cawangan dengan cawangan yang lain.  

Seterusnya, kami dibawa untuk mengadakan kunjungan hormat ke Pesantren Ihsaniyyah dan Bait Quran Akbar. 

Nantikan entri selanjutnya di dalam Bahagian 2.

No comments:

Post a Comment