Saturday, 19 March 2016

Menjejak Gerhana di Palembang :: Merentas Sungai Musi (Bahagian 4)

Hari Kedua Rombongan
Selasa 8 Mac 2016

Bersambung daripada bahagian 3.

Saya dan Dr Hasan turun bersarapan di restoran hotel pada jam 7 pagi. Waktu Indonesia awal sejam (GMT +7). Juadah yang dihidangkan dalam sarapan buffet agak menarik kerana mempunyai banyak pilihan, daripada delikasi tempatan, Jepun, Korea, Barat dan lain-lain.

Bersama Chef Hotel Aston. Beliau mencadangkan saya makan mee celor

Inilah mee celornya. Seperti mee rebus di Malaysia, cuma rasa lebih berlomak dan pedas. Saya bagi 4 bintang setengah. Kurang setengah bintang kerana taugeh yang dihidangkan, tidak segar dan sedikit berbau. 

Bagi mengisi kekosongan yang ada, juadah pelbagai tema ini akhirnya selamat singgah ke perut saya. Fusion. Sosej hotel ini memang sedap. 5 bintang. Sayurannya memang kurang segar, tetapi masih enak. 

Koran di Palembang, bahkan seluruh Indonesia memaparkan topik Gerhana Matahari Total (GMT) sebagai isu utama. Esok, fenomena itu akan berlaku. 

Tapak cerapan kami berada di seberang jambatan Ampera ini, iaitu di Wisma Atlet Jakabaring. Justeru, kami perlu melintasi jambatan ini sebelum ianya ditutup. 
Setelah kenyang sarapan, kami pun bersiap. Ahli rombongan kami diberikan t-shirt rasmi 'Pesona Indonesia/Wonderful Indonesia', iaitu kempen promosi pelacongan Indonesia seperti Tahun Melawat Malaysia di negara kita. Destinasi pertama kami hari ini ialah merentas Sungai Musi.

Inilah bas yang membawa ahli rombongan kami. VIP seperti Dato' Mufti, Dato' TYPD MUIP dan Dato' Pengarah JUPEM pula dibawa menaiki Kijang/Innova. Bas ini amat selesa. Kelihatan mereka sedang bersedia untuk menganjurkan Sukan Asia 2018 seperti iklan di badan bas. Seorang supir juga menceritakan bahawa model bas yang sama digunakan untuk membawa Bapa Presiden Jokowi berwisata di Palembang. Memang terbaik!

Antara bangunan hotel yang mencuri tumpuan saya. Banyak juga bangunan di tengah bandar yang terpengaruh dengan seni binaan kolonial. 

Sekiranya gawat, datanglah ke sini. Rumah Sakit =  hospital. Gawat = kecemasan. 

Cara penduduk tempatan (kebiasannya non-Muslim) menyampaikan ucapan belasungkawa kepada yang sudah pergi...

Ingat lagi Restoran Sederhana dalam bahagian 1? Ini juga merupakan salah satu franchise Sederhana di tengah Palembang. 

Antara bahagian di kota Palembang yang hampir sama kawasan Sg Wang. 

Kantor Walikota, sudah hampir ke kawasan River Cruise. 

Banyak artis dan seniman tempatan pula berkumpul di kawasan river cruise berhampiran Jambatan Ampera. Mereka bersedia untuk membuat persembahan sempena Gerhana Matahari Total. Pestanya bermula malam ini. 

Jambatan Ampera di belakang gambar.. 
Pasar 16, terkenal sebagai tempat untuk membeli belah. Saya tidak pergi ke sini. 

Dengan menaiki bot ini, anda bersetuju untuk tidak memakai jaket keselamatan... :)

Antara aktiviti orang tempatan di sepanjang sungai. Mungkin sedang melombong...

...... atau mungkin sedang mengorek pasir.

Ada kapal kecil, kapal besar....

... ada kapal yang lebih besar....

.... dan ada pula yang teramatlah besar...

Antara kawasan industri di persisir Sungai Musi

Setelah hampir setengah jam, akhirnya destinasi yang dituju telah mula kelihatan...
Nantikan sambungannya dalam Bahagian 5.

No comments:

Post a Comment