Saturday, 19 March 2016

Menjejak Gerhana di Palembang :: Pulau Kemaro (Bahagian 5)


Bersambung daripada Bahagian 4.

Sejujurnya, dalam program lawatan ini, destinasi inilah yang paling tidak ingin saya kunjungi, atau sekurang-kurangnya, dikunjungi pada penghujung itinerari. Sepatutnya pihak agensi pelancongan perlu memahami misi kami ke Palembang, iaitu untuk membuat penyelidikan mengenai gerhana matahari, dan mengenali dengan baik latar belakang kami, mewakili agensi agama sebuah negeri. Justeru, yang sepatutnya menjadi keutamaan ialah lawatan ke masjid, atau mana-mana destinasi wisata religi. 

Alhamdulillah, Dato' Mufti dibawa berkunjung ke Dosen Agama Palembang dalam satu kunjungan hormat yang diaturkan sendiri bukan melalui agensi pelancongan tersebut. Dan ianya telah mendapat liputan dalam koran / suratkhabar tempatan. 

Cuma, ada hikmahnya mengapa kita dibawa ke Pulau Kemaro ini. Sekurang-kurangnya, ada pelajaran yang boleh diambil oleh kami. 
Dongeng Pulau Kemaro

Pulau Kemaro, merupakan sebuah Delta kecil di Sungai Musi, terletak sekitar 6 km dari Jembatan Ampera. Pulau Kemaro terletak di daerah industri,yaitu di antara Pabrik Pupuk Sriwijaya dan Pertamina Plaju dan Sungai Gerong. Pulau kemaro berjarak sekitar 40 km dari kota Palembang. Pulau Kemaro adalah tempat rekreasi yg terkenal di Sungai Musi. Di tempat ini terdapat sebuah vihara cina (klenteng Hok Tjing Rio). Di Pulau Kemaro ini juga terdapat kuil Buddha yang sering dikunjungi umat Buddha untuk berdoa atau berziarah ke makam. Di sana juga sering diadakan acara Cap Go Meh setiap Tahun Baru Imlek.
Di Pulau Kemaro juga terdapat makam dari putri Palembang, Siti Fatimah. Menurut legenda setempat yang tertulis di sebuah batu di samping Klenteng Hok Tjing Rio, pada zaman dahulu, datang seorang pangeran dari Negeri Cina, bernama Tan Bun An, ia datang ke Palembang untuk berdagang. Ketika ia meminta izin ke Raja Palembang, ia bertemu dengan putri raja yang bernama Siti Fatimah. Ia langsung jatuh hati, begitu juga dengan Siti Fatimah. Merekapun menjalin kasih dan berniat untuk ke pelaminan. Tan Bun An mengajak sang Siti Fatimah ke daratan Cina untuk melihat orang tua Tan Bun Han. Setelah beberapa waktu, mereka kembali ke Palembang. Bersama mereka disertakan pula tujuh guci yang berisi emas. Sesampai di muara Sungai Musi Tan Bun han ingin melihat hadiah emas di dalam Guci-guci tersebut. Tetapi alangkah kagetnya karena yang dilihat adalah sayuran sawi-sawi asin. Tanpa berpikir panjang ia membuang guci-guci tersebut kelaut, tetapi guci terakhir terjatuh diatas dek dan pecah. Ternyata didalamnya terdapat emas. Tanpa berpikir panjag lagi ia terjun ke dalam sungai untuk mengambil emas-emas dalam guci yang sudah dibuangnya. Seorang pengawalnya juga ikut terjun untuk membantu, tetapi kedua orang itu tidak kunjung muncul. Siti Fatimah akhirnya menyusul dan terjun juga ke Sungai Musi. Untuk mengenang mereka bertiga dibangunlah sebuah kuil dan makam untuk ketiga orang tersebut (Wikipedia)

Antara patung yang terdapat di pintu masuk utama pagoda di Pulau Kemaro. Ianya membenarkan kajian saya betapa masyarakat Cina dahulu kala mempunya kepercayaan bahawa semasa gerhana matahari, naga sebenarnya menelan matahari. Lalu mereka yang berada di bumi akan membuat bising seperti mengetuk gendang dan seumpamanya, supaya menghalau naga-naga tersebut. 


Memang cantik binaan pagoda bertingkat ini. 

Naga di pintu masuk

Seni bina yang teliti

Gambar berjemaah.
Setelah hampir sejam di Pulau Kemaro, kami pun naik semula bot untuk menelurusi Sungai Musi. Perjalanan sepanjang sungai ini memang menarik. Kita akan dapat menyaksikan pelbagai jenis kapal, sebesar kapal kontena, sehinggalah ke sampan yang kecil.

Rumah-rumah dan bangunan di persisiran sungai juga berjaya merakamkan potret sebenar imej Palembang di mata pelancong. Benar, kota ini kaya dengan sejarah yang perlu digali.


Memudik ke hulu

Kapal yang ditinggalkan..

Stesyen minyak di Sungai Musi

Lagi stesyen minyak...

Setelah beberapa ketika, kelihatan nun jauh di sana Jambatan Ampera, ikon kota Palembang.

dan lagi stesyen benzin...

Ini Ustaz Zali. Salah seorang kuat falak di Jabatan Mufti Negeri Pahang. Ceria orangnya

Menghantar anak ke sekolah barangkali. Jelas, pengangkutan air masih menjadi pengangkutan utama bagi ramai penduduk Palembang

Binaan moden dengan citarasa tradisional

Bila dah dekat nak sampai Ampera, berebutlah orang nak selfie 
Inilah antara dua menara jambatan Ampera. Dahulunya, jambatan ini boleh diangkat bagi membolehkan kapal besar menyeberanginya..

Destinasi wajib bagi pewisata dan jurufoto. 

Jambatan Ampera..

Jambatan Ampera

Di sinilah dahulunya bahagian yang boleh mengangkat sebahagian jambatan bagi laluan kapal besar

Ampera - AManat PEnderitaan RAkyat.

Dari jauh, kelihatan adik-adik seniman mengambil tempat bagi latihan di atas pentas

Alhamdulillah, sampai juga kami di jeti. Tiada yang mabuk. 
Nantikan entri selanjutnya dalam Bahagian 6.

No comments:

Post a Comment