Sambungan daripada
Bahagian 5.
Setelah menelusuri Sungai Musi, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah Rumah Makan Resepi Melayu. Bila disebut Melayu, orang tempatan kebiasaannya akan merujuk kepada orang Riau. Resepi utama ialah sup rawan dan ikan patin masak pindang.
Dalam perjalanan ke rumah makan tersebut, kami melintasi bulatan dan juga Masjid Agung Palembang.
|
Ini merupakan bulatan sebelum melintasi Jambatan Ampera. Kelihatan bendera beberapa buah negara, termasuk Malaysia, dipamerkan di situ. Ada yang kata sempena SEA, ada pula yang kata sempena cerapan gerhana matahari. Pelancong Belgium, Jepun dan Malaysia memang ramai pada waktu ini. |
|
Ini Masjid Agung Palembang. Terkilan saya, kerana tidak dapat i'tikaf di sini. |
|
Sup Tulang Rawan. Memang lazat. |
|
Ikan Patin masak pindang. Enak banget! |
Setelah kekenyangan, kumpulan kami berpecah kepada dua. Satu kumpulan mengadakan kunjungan hormat ke Dosen Agama Islam Palembang. Sementara satu kumpulan lagi bergerak untuk menyeberangi Jambatan Ampera, menuju ke Jakabaring.
Sebelum ke Wisma Atlet yang merupakan kawasan cerapan, bas membawa kami menuju ke salah satu destinasi wisata religi di Palembang, iaitu Masjid Cheng Ho.
Masjid ini terletak di sebuah kejiranan di Jakabaring. Tanahnya dianugerahkan oleh pemerintah, sementara pembiayaannya banyak diuruskan oleh Persatuan Islam Tionghua Indonesia (PITI) Sumsel dan masyarakat setempat. Rekabentuknya banyak pengaruh Cina, dengan sedikit sentuhan budaya tempatan.
|
Di pintu masuk. Dalam gambar, ialah Encik Amir, wakil 360 Travel. |
|
Aiskrim durian. Ya, di sini pun ada durian. Menurut rakan yang sempat makan durian Palembang di penghujung musim, durian Malaysia lebih sedap. Aiskrim ini menepati citarasa saya, walaupun ramai yang kata terlajak manis. Yang menjual aiskrim ini naik basikal sahaja, dan solat ketika azam berkumandang. |
|
Masjid Cheng Ho. Kelihatan pelancong Jepun sedang berwisata di masjid ini. |
Setelah berehat beberapa ketika, kami pun bergerak ke Wisma Atlet. Perjalanannya tidak jauh sangat, sekitar 10 minit sahaja. Apabila sampai di Wisma Atlet, memandangkan kumpulan kami masih belum melakukan tinjauan di tapak cerapan, kami pun minta supir untuk terus membawa kami ke tapak cerapan, yang dikhabarkan oleh ramai pencerap Malaysia yang sudah berhari-hari berkampung di situ, akan dilakukan di hadapan padang sasar menembak, di hadapan sebuah danau / tasik.
|
Bulatan di hadapan Wisma Atlet Jakabaring |
|
Nak tunjuk tempat asal cerapan dan t-shirt free je... |
Setelah membuat tinjauan, tempat itu rupanya telah ditempah ekslusif oleh pelancong-pelancong dari Jepun. Sementara satu lagi kawasan alternatif telah ditempah ekslusif oleh pelancong-pelancong Belgium. Berlaku banyak percanggahan arahan. Bendera Malaysia dan Negeri Sembilan yang telah digantung sebagai tanda tapak di situ juga telah dicabut dan diserahkan kepada saya pada malam hari. Untuk play safe, saya berunding dengan pegawai wisma atlet untuk menggunakan kot bola tampar pantai ekslusif untuk pencerap Malaysia sahaja. Cuma, tidak disangka pula mereka memanggil ramai staf keselamatan peribadi, sehingga akhirnya kami dikenakan bayaran sebanyak RM650. Atas nasihat daripada PM Dr Baharrudin dan Shahrin FO, oleh kerana agak tergesa-gesa, kami terpaksa menerima tawaran tersebut. Yang sedikit terkilan, caj bayaran dimaklumkan selepas cerapan keesokan harinya.
Saya diajak oleh PM Dr Bahar untuk menyertai dialog falak bersama-sama dengan UIN. Tetapi saya tidak dapat memenuhi jemputan tersebut kerana baru check in di Wisma Atlet selain ingin menyelesaikan isu tapak cerapan.
|
Saya membuat tinjauan dengan Shahrin FO, Us Rosli dan rakan-rakan sekitar jam 9:30 malam. Alhamdulillah, tempatnya selesa, ada fasiliti untuk hemat diri. |
|
Inilah tapak cerapan. Keputusan menggunakan tapak ini dipersetujui pada lewat malam. |
|
Ini pula makan malam rombongan kami. Masakan Padang lagi.... |
Setelah selesai check in dan pengesahan tempat cerapan, saya membasuh baju. Ada bilik dan mesin basuh baju di Wisma Atlet ini. Perlu beli sabun sahaja. Bilik penginapan pula boleh memuatkan sehingga 6 orang. InshaAllah, walau pun tidak bertaraf hotel, tetapi amat selesa.
Saya tidur agak lewat, kerana baru sampai dan baru nak setting semua gears cerapan dan rakaman. Natijahnya, daripada cadangan asal untuk bangun jam 3, saya bangun jam 3:45 pagi. Yang tidur awal tak bangun awal la pulak, aiseh ...
Maka, bermulalah saat yang mendebarkan, iaitu misi mencerap gerhana matahari.... nantikan sambungannya dalam
bahagian 7.
No comments:
Post a Comment