Sambungan daripada
Bahagian 2.
Setelah seharian kami berwisata, akhirnya masa yang ditunggu oleh ahli rombongan telah tiba. Tidak lain tidak bukan.... check in dan mandi :)
|
Hotel Aston. Bas tidak dibenarkan untuk menurunkan kami di main entrance, kononnya atas sebab-sebab keselamatan. Tetapi pada hari terakhir kami di sini, bas pelancong Belgium, bukan satu tetapi 3, dibenarkan untuk parking di main entrance, menyebabkan tourist guide kami sedikit marah dan akan membuat aduan kepada GM hotel ini. |
|
4 star |
|
Us Amiruldin, pensyarah KUIPSAS yang ditugaskan bersama dengan saya sebagai antara jurufoto. Latar belakang gambar pula ialah hiasan dalam Hotel Aston. Memang cantik. |
Hotel Aston terletak di tengah bandar Palembang. Dengan penarafan 4 bintang, hotel ini menawarkan keselesaan terbaik kepada pengunjungnya. Terdapat infinity swimming pool di hotel ini, selain perkhidmatan spa dan sauna.
Selepas berehat seketika, oleh kerana janji untuk makan malam masih lambat lagi, maka saya turun ke foyer bersendirian. Di situ, saya disapa oleh ibu Ninik, dan beliau mengajak saya untuk food tasting ke sebuah Rumah Makan selera Palembang, iaitu Beringin. Perjalanan ke Rumah Makan Beringin, walaupun dekat, tetapi agak mengambil masa, kerana macet.
|
Apa istimewanya di Rumah Makan Beringin? Kerana ia menawarkan Pempek, makanan tempatan seperti fish cake/keropok lekor, yang menyelerakan. |
|
Selain pempek, rumah makan ini juga menjual manisan tempatan, termasuklah dodol dan lompok durian. |
|
Inilah pempek pertama saya, mendahului ahli rombongan yang lain hehe. Ada yang rasa seperti fish cake, ada yang hampir sama rasanya dengan keropok lekor. |
Menurut orang tempatan, pempek merupakan antara makanan yang menggambarkan imej Palembang. Walaupun sedap, tetapi secara jujurnya saya merasakan yang pempek tidak boleh dijadikan makanan asasi harian saya. Saya tertanya-tanya mengapa terlalu banyak makanan diproses di sini. Andaian saya, mungkin kerana orang zaman dahulu tidak mempunyai banyak peti sejuk, lalu makanan perlu diproses bagi membolehkan ianya tahan lama. Allahua'lam, ini andaian saya sahaja.
Setelah itu, saya dan ibu Ninik serta bapa Ruda pun pulang ke hotel. Tidak lama selepas itu, kami dijemput untuk makan malam. Sekali lagi, menu makan malam kali ini ialah bertemakan masakan Padang, di Rumah Makan Indah Raso.
|
Inilah bangunan Restoran Indah Raso. Seindah namo, seindah rasonyo. |
|
Yang menariknya, restoran ini juga menawarkan servis penghantaran makanan. Nasi pun perlu dihantar ke? Inilah manifestasi kerajinan warga Palembang, rajin bekerja, tiada pengemis. |
Setelah kenyang makan, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Seingat saya, itulah antara malam yang paling nikmat tidurnya. Barangkali kerana terlalu keletihan, selain perut pun kekenyangan.
Bersambung ke
Bahagian 4
No comments:
Post a Comment