Sambungan daripada
Bahagian 1.
Bait al-Quran al-Akbar terletak 15 km dari Jabatan Musi Kedua
(-3.018379,104.7401531). Ianya merupakan muzium al-Quran lengkap terbesar di dunia, diukir pada kepingan kayu jati Tembesu yang hanya boleh didapati khas di Palembang, digantung beberapa tingkat. Tiket untuk masuk ke sini agak murah, sekitar IDR5000 sahaja.
|
Pagar masuk ke Bait al-Quran Al-Akbar. Semasa kami sampai, anak-anak baru tamat sesi persekolahan. |
|
Tatatertib pengunjung |
|
Pegawai Bait al-Quran al-Akbar sedang solat Zohor di lapangan semasa rombongan kami tiba. |
|
Pegawai Penerangan yang komited memberikan taklimat dan melayan rombongan |
|
Pengasas Pesantren Ihsaniyyah dan juga Bait al-Quran al-Akbar |
|
Group photo. Sebenarnya kami agak keletihan kerana masih belum check in hotel lagi. |
|
Ukiran mushaf dari jarak dekat. |
|
Pengunjung boleh masuk ke dalam ruang pameran bertingkat ini. |
|
Cenderahati daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang. Kita serumpun. Sejarah Melayu banyak berasal dari Palembang. |
|
Pemandangan di Ma'had al-Tarbiyah al-Islamiyyah al-Ihsaniyyah bersebelahan dengan Bait al-Quran al-Akbar |
Selepas berwisata dan bersilaturrahmi di Bait al-Quran al-Akbar, kami dibawa berkunjung ke Muzium Sriwijaya. Di Palembang, bahkan mungkin di seluruh provinsi Sumatera Selatan, muzium tidak sentiasa dibuka. Sebaliknya, pengunjung perlu berhubung dan membuat temu janji terlebih dahulu bagi membolehkan pintu muzium ini dibuka.
Keadaan di dalam muzium ini agak uzur. Bangunannya banyak rosak. Tetapi muzium ini amat menarik bagi yang meminati sejarah Palembang dan Melayu. Banyak replika pameran yang boleh membawa kita mengimbau zaman dahulu kala.
|
Papan Tanda Muzium Sriwijaya |
|
Antara bahan pameran |
|
Us Rosli, pegawai Falak Pahang yang amat komited dalam membangunkan bidang ini di seluruh negeri. |
|
Motif gambar ini? Menghabiskan masa yang terluang agaknya... kerana masing-masing kepanasan dan keletihan. |
Selepas mengunjungi Muzium Sriwijaya, kami dibawa berkunjung ke Bukit Seguntang. Dalam perjalanan, saya sempat merakamkan beberapa bangunan, rumah dan masjid yang menggambarkan realiti di Palembang.
|
Rumah orang kaya agaknya.. |
|
Kawasan perumahan di hilir |
|
Antara masjid swadaya di sini. Swadaya merujuk kepada pembangunan masjid daripada dana komuniti, bukannya daripada geran kerajaan. Shi'ar Islam amat menyerlah di sini. Laungan azan agak kuat, dan bacaan tilawah al-Quran masih terngiang-ngiang di telinga saya. Rindu saat itu. |
|
Penjaga trafik persendirian. Saya puji orang Palembang, mereka kuat bekerja. Tidak pernah berjumpa dengan pengemis. Setiap kedai hampir ada yang akan bertugas sebagai pengawal trafik. |
|
Bangsa Cina sebagai minoriti yang dihormati di sini. Mereka dikenali oleh orang tempatan sebagai orang kaya dan berumah besar. |
|
Universitas Sriwijaya, antara intitusi pendidikan yang tersohor di SumSel (Sumatera Selatan) |
|
Wedding shoot di Bukit Seguntang. |
|
Antara maqam sultan lama yang terdapat di Bukit Seguntang. Kawasan ini agak terbiar. Ketika masuk, kelihatan beberapa anak muda sedang berlibur menyanyi sambil memetik gitar di salah sebuah maqam berhampiran. |
|
Tangga ini kerap dijadikan latar belakang dalam group photo. |
|
Kediaman orang berada di Palembang |
|
Kediaman yang masih mengekalkan identiti tradisional Melayu |
Nanti sambungan entri di
Bahagian 3.
No comments:
Post a Comment