Pada 1 Jun 2016, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengadakan Hari Terbuka TUDM. Kami teragak-agak untuk pergi ke sini, kerana laluan trafik yang sibuk dan kesukaran mendapatkan parking. Pun demikian, setelah memikirkan ruginya membiarkan cuti sekolah berlalu tanpa pelancongan mendidik, maka kami tabahkan hati.
Kami pergi dengan sasaran melihat demonstrasi pesawat tempur pada jam 3 petang. Setelah menghampiri pengkalan udara TUDM Kuantan, jalan mulai sesak. Kami u-turn selepas Restoran Zaman, dan di situ kebetulan ada parking kosong di tepi jalan yang sesak. Tanpa teragak lagi, saya pun mengambil tempat parking tersebut.
Sekali lagi, kami teragak-agak sama ada ingin turun kenderaan dan menapak lebih 1 km ke dalam kem TUDM tersebut, atau sekadar memerhati sahaja demonstrasi pesawat dari dalam kereta. Kelihatan ramai jurugambar yang duduk di tengah jalan, bagi bersedia mengambil gambar pesawat tempur.
Setelah berbincang, kami membuat keputusan untuk berjalan, walaupun kepanasan dan agak berbahaya kerana jalan yang sempit dan sesak dengan kenderaan di Jalan Gambang Batu 10. Tiba di pos pengawal, saya kecewa apabila dilarang daripada membawa kamera ke dalam kem. Tidak hairanlah mengapa jurugambar profesional dan amatur duduk berkhemah di tengah Jalan Gambang tersebut. Kerana mereka dilarang membawa kamera ke dalam kem. Hanya kamera telefon bimbit sahaja dibenarkan.
Terpaksalah saya berjalan melebihi 1 km ke kereta saya bagi menyimpan kamera. Cuma alhamdulillah di dalam perjalanan ke kereta, demonstrasi telah dimulakan, bermula dengan payung terjun dan juga tarian pesawat Sukhoi. Dapatlah saya merakam video.
Simple, tapi meriah.
Semasa bergambar, pesawat tempur Sukhoi dengan enjin yang amat bising, mendarat setelah membuat demonstrasi 'tarian' di udara.
Antara pesawat tempur yang dipamerkan. Adakah ini hornet?
Anak-anak perlu didedahkan dengan asas pertahanan negara. Agar menjadi warga yang bertanggungjawab dan patriotik.
Havoc di bawah Sukhoi. Rupanya, ada yang berniaga :P
Bila lagi dapat bergambar dengan pesawat tempur Sukhoi.
Alhmadulillah, berbaloi jalan kaki jauh, lebih 1 km.
Lagi pesawat mendarat.
Mengintai isi perut helikopter
Pesawat bagi pelatih.
Peluru yang digunakan untuk tujuan latihan.
Moga mereka menghargai nilai sebuah keamanan dan kepentingan sebuah sistem pertahanan...
'Dash board' pilot
Kerusi pembantu pilot
Letih tapi berbaloi.
Beberapa jenis senjata turut dipamerkan.
Hakim dengan senjata automatik...
Atif dengan senjata automatik
Di dalam kereta kebal
Kereta kebal
Kereta kebal
Berebut anak-anak nak posing bergambar.
Bila lah turn Atif dapat pegang senjata...
Raed dan sniper..
Biasa main game di handphone baba je, kali ni dapat sekodeng betul-betul.
Saiz sebenar peluru pesawat tempur. Lagi besar daripada muka Raed.
Antara peluru yang dipamerkan
Ini ialah peluru berpandu. Boleh dipasang di pesawat tempur Sukhoi. Harga satu butir peluru ini ialah jutaan RM.
Bukan helmet rider...
Tetapi helmet pilot pesawat pejuang
Alhamdulillah, ramai pengunjung. Inilah konsep pelancongan yang sepatutnya perlu digiatkan lagi di Pahang.
Parking sampai ke tengah jalan...
Tips Hari Terbuka TUDM
1. Lihat aturcara yang diedarkan. Sasarkan untuk sampai ke lokasi semasa demonstrasi pesawat tempur.
2. Parking hanya di tepi Jalan Gambang Batu 10 sahaja.
3. Jalan akan sesak. Sekiranya nampak ruang parking kosong, parkinglah kereta anda walaupun perlu menapak jauh.
4. Gerai makan minum ada disediakan di tepi Jalan Gambang (luar kem) dan juga di dalam kem.
5. Kamera tidak dibenarkan dibawa ke dalam kem. Pos pengawal juga tidak akan membantu anda untuk menyimpan kamera tersebut.
6. Bagi yang berminat untuk mengambil gambar pesawat tempur, bawa telephoto lens, dan duduk di tengah pembahagi jalan (island) yang menjadi laluan pesawat mendarat dan melepas.
No comments:
Post a Comment