Thursday 26 May 2016

Coonabarabran Part 4: Mengenali Bandar Coonabarabran, Cerapan Hilal Sha'ban dan Kajian Kecerahan Langit

Kami bangun agak lewat. Lepas subuh, tidur lagi. Penatnya hanya Allah yang tahu. Selepas sarapan, kami bersiar-siar di kawasan sekitar motel penginapan. MashaAllah, luas sungguh kawasan motel ini. Lokasinya betul-betul berhampiran dengan hutan simpan. Lihatlah video di sekitar kawasan motel:



Motel ini juga mempunyai swimming pool dan juga taman serta dewan terbuka yang cantik, biasanya digunakan untuk majlis perkahwinan. Nak buat wedding shoot, mesti cantik.



Setiap awal pagi, kita akan dapat melihat kangaroo di sekitar motel ini. Bagi orang tempatan, mereka dianggap sebagai PEST. Di dalam Fiqh Islam, kita dibenarkan untuk makan kangaroo yang disembelih, kerana sifatnya seperti arnab.


Sekiranya diteliti di dalam video di atas, selain kangaroo, kelihatan batang pokok-pokok hutan, berwarna hitam. Ini disebabkan hutan simpan Warrunbungle ini terlibat di dalam kebakaran hutan besar pada tahun 2013. Kejadian itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk tempatan.

Coonabarabran ialah bandar astronomi di Australia. Ianya terletak di negeri yang sama dengan bandar Sydney, dikenali dengan New South Wales (NSW), di kawasan Warrunbungle Shire.

Penduduk asal Australia (aborigine) telah menghuni kawasan ini sejak sekian lama. Orang berkulit putih dari Eropah mula datang dan mendiami kawasan ini sejak tahun 1817. Coonabarabran dianggap sebagai pintu masuk kepada hutan simpan atau Taman Negara Warrunbungle, yang menyimpan khazanah alam ciptaan Allah yang penuh dengan kehijauan.

Jarak antara Sydney dan Coona ialah menghampiri 500 km. Terdapat pengangkutan awam yang boleh membawa anda ke sini, tetapi membabitkan pertukaran beberapa keretapi dan bas. Justeru agak leceh. selain itu, pengangkutan awam di dalam pekan Coonabarabran juga, boleh dikatakan, tiada.

Welcoming sign berhampiran dengan Tourist Information Centre

Tourist Information Centrer, dengan dihiasi trade mark bandar ini, iaitu balai cerap / observatori. 
Fosil diprotodon, haiwan seperti badak sumbu yang telah pupus, ditemui berhampiran kawasan ini. Fosil ini dipamerkan di dalam Tourist Information Centre Coonabarabran
Turut dipamerkan, barangan lama yang pernah digunakan oleh penduduk asal di Coonabarabran. Fosil bayi diprotodon pun ada di situ.
Terdapat ratusan leaflet dan booklet untuk pelancong, sama ada destinasi sekitar Coona atau di seluruh Australia. Percuma sahaja. Ada beberapa booklet mengepilkan kupon diskaun untuk masuk ke beberapa destinasi pelancongan. Jangan lupa ambil seorang satu, terutamanya booklet Sydney. 

Di dalam centre ini, ada petugas pelancongan yang amat berdedikasi. Tanya sahaja apa sahaja mengenai Coona, beliau akan menjawabnya. Peta serba lengkap. Di sini juga, Shahrin berjumpa kawan lama beliau, ahli astronomi amatur yang kini menjaga salah satu balai cerap peribadi. 
Mercu tanda Pekan Coonabarabran. Menara jam di bulatan kecil. 4:40 petang Sabtu ni, memang dah lengang. Pukul 5, kedai dah tutup. Pakat duduk rumah belaka. Yang ada di sekitar pekan, ialah orang yang nak mabuk, beli arak, dan beli barang di Woolies. 
Jam matahari di tengah pekan Coona
Pekan Coona yang lengang daripada manusia

Woolworths, dikenali sebagai Woolies oleh orang tempatan, merupakan grocery store utama di Coona. 

Di sinilah kami mendapatkan bekalan makanan, seperti nasi segera berlauk halal jenama Sun Rice, roti dan mee goreng segera jenama Sedap. 

Selepas membeli barang makanan di Woolies, kami bergerak ke tapak lapangan terbang Coonabarabran. Lapangan terbang ini tidak lagi digunakan sejak beberapa tahun lepas. Kalau digunakan pun, mungkin untuk tujuan tertentu. Ada seorang sahabat alumni KISAS saya - Kapten Kero - bekerja sebagai pilot MAS, beliau mendapat latihan di Tamworth, dan lapangan terbang Coona ialah salah satu daripada tempat rujukan latihan beliau.

Tujuan kami berada di lapangan terbang ini ialah untuk membuat cerapan anak bulan Sha'ban dan kajian kecerahan langit. Kawasan lapangan terbang ini memang landai, ufuk barat tidak terhalang melainkan beberapa azimuth yang dihalang oleh bukit.

MENGENALI BELT OF VENUS

Menjelang matahari tenggelam, Shahrin dan Halda berkongsi mengenai fenomena Belt of Venus / Venus Girdle / tali pinggang kejora. Fenomena ini merupakan bayang-bayang bumi yang kelihatan semasa matahari terbit dan juga tenggelam. Jom baca definisi fenomena ini berdasarkan pandangan Sheikh Wiki Al-Padia?:

The Belt of Venus or Venus's Girdle is an atmospheric phenomenon seen at sunrise and sunset. Shortly after sunset or shortly before sunrise, the observer is, or is very nearly, surrounded by a pinkish glow (or anti-twilight arch) that extends roughly 10°–20° above the horizon. It is similar to alpenglow as they both are caused by backscattering of reddened sunlight. The only difference is that alpenglow is characterized by afterglow and is a red horizontal band visible just after sunset or before sunrise due to direct illumination of clouds and aerosols low in the atmosphere, whereas the Belt of Venus is a rosy pinkish arch visible long after sunset or long before sunrise, caused by backscattering of refracted sunlight due to fine dust particles high in the atmosphere. In a way, the Belt of Venus is a true alpenglow visible at twilight near the anti-solar point. Often, the glow is separated from the horizon by a dark layer, the Earth's shadow or "dark segment." The arch's light pink color is due to backscattering of reddened light from the rising or setting Sun. A very similar effect can be seen during a total solar eclipse. The zodiacal light, which is caused by reflection of sunlight from the interplanetary dust in the solar system, is also a similar phenomenon
Kredit kepada website: http://www.slate.com/blogs/bad_astronomy/2013/02/25/the_belt_of_venus_moon_rise_into_the_earth_s_shadow.html

Merenung belt of venus di Airport Coonabarabran. Awan banyak kan? Huhuhu....
Semasa mendapatkan data kajian, ahli astronomi tidak boleh stress sangat. Di sini, diperturunkan beberapa tips penting untuk mengurangkan stress. Satu sahaja tips yang penting. Mari kita lompaattttt

Lompatan Civil War di Airport Coona kononnya.... :P 
Cikgu Zul dalam cubaan beliau mengapungkan diri di atas garisan ufuk. Respek beb!
InshaAllah, bersambung di dalam Part 5.

No comments:

Post a Comment