Coona Part 1: Menjejak Milkyway di Coonabarabran; Tips ke Lapangan Terbang dan Kapal Terbang
Pada penghujung musim luruh di hemisfera selatan baru-baru ini, Geng Falak Online telah membuat trip ke Coonabarabran bagi tujuan rakaman imej langit malam selatan, cerapan Sha'ban, kajian kecerahan langit, rakaman dokumentari pendek dan lain-lain. Alhamdulillah saya rasa amat bertuah menyertai trip ini, bersama-sama dengan Shahrin Falak Online, Dr Mahomarowi, Halda, Cikgu Zul, Fadzli, Syazwan dan Afiq.
Perancangan trip ini telah dilakukan sejak tahun lepas lagi. Semasa AirAsiaX membuat promosi, kami membeli tiket pergi balik ke Sydney dengan harga kurang daripada RM1,000. Saya secara peribadi, telah menaiktaraf tiket saya, dengan pembelian insurance, makanan dalam pesawat sebanyak 2 kali, serta luggage 20kg. Rakan-rakan otai dalam astrofotografi pula menaiktaraf bagasi sehingga 40kg.
Saya bertolak dari Gombak ke KLIA2 dengan menggunakan khidmat GrabCar. Kebetulan saya mendapat voucher RM30, justeru jumlah yang perlu saya bayar ialah RM70 sahaja, termasuk tol. GrabCar dahulunya dikenali dengan MyTaxi. Tetapi dengan persaingan daripada UBER, GrabCar telah menaiktaraf perkhidmatan mereka, dan turut menggunakan kereta orang awam di dalam servis.
Pada permulaan, saya agak risau juga. Saya berkira-kira untuk menaiki SkyBus sahaja daripada KL Sentral dengan kos serendah RM10, tetapi KL pada hari itu dicurahi dengan hujan rahmat yang lebat. Justeru, saya membuat keputusan untuk menggunakan GrabCar, selepas membaca review daripada pengguna di internet. Kerisauan saya ialah, adakah terdapat pemandu GrabCar selepas waktu Maghrib. Flight ke Sydney bertolak pada jam 2340hrs, dan team saya akan berkumpul di KLIA2 pada jam 2100hrs.
Pemandu GrabCar saya alhamdulillah sampai ke rumah sekitar 10 minit selepas saya memanggilnya. Efisyen. Saya mendapat kereta MyVi, pemandu orang muda berbangsa Cina yang amat ramah dan baik hati, seorang agen insurans. Penat juga la melayan perbualan beliau. Mujur saya dah memiliki insurans kesihatan dan hayat, ada juga alasan untuk berkata tidak apabila diajak menyertai insurans beliau. GrabCar ialah pekerjaan kedua beliau, yang mana kalau kena cara dan ketika, beliau boleh memperolehi RM2,000 seminggu.
Sebelum jam 2100hrs, saya telah sampai di KLIA2. Sebelum berjumpa dengan team, saya singgah dulu di kedai kamera di Shopping Area KLIA2. Harganya agak mahal. Saya mencari filter untuk lens Zuiko 45mm f/1.8 yang saya baru beli dengan harga bargain. Malangnya, tiada yang berkenan.
Selepas bertemu dengan team, kebanyakan kami mendapatkan perkhidmatan 'wrapping' bagasi. Amat penting menggunakan khidmat ini, khasnya bagi yang merasakan bag mereka agak fragile. Bag kargo saya brand Haji Ismail Group, dan di dalamnya penuh dengan peralatan kamera. Mestilah kena wrap kan? Paling mahal pun, sekitar RM15 sahaja. Amat murah la tu, berbanding airport lain di negara luar.
AirAsia X melaksanakan polisi sifar toleran kepada muatan bagasi kargo. Justeru, timbang betul-betul bagasi anda. Jangan bagi lebih walau pun sekadar sekilo. Untuk beg kabin / hand carry, tiada pemeriksaan yang dibuat.
Saya, Cikgu Zul n team semasa check in. Agak lengang KLIA2 pada waktu malam, berbanding pada belah pagi. Jangan lupa sediakan jaket di dalam flight. Baju spare juga elok dibawa di dalam bag hand carry, kerana ada kemungkinan bag kargo anda tidak sampai di destinasi. Prepare for the worst.
Jumpa pulak astronaut otw ke boarding gate. Wefie dulu, kena dengan trip theme. Dr Rowi nunnn jauh di sana.
Saya amat menggalakkan kepada mereka yang bermusafir, agar berwudu' sebelum memakai stokin sekiranya berkunjung ke negara Muslim minoriti seperti Australia. Ini bagi membolehkan kita mengambil wudu' di negara berkenaan dengan mudah, iaitu berwudu' seperti biasa bagi anggota muka tangan dan kepala, tetapi hanya menyapu di atas stokin sahaja (al-mashu ala al-khuffain), seperti yang dibincangkan di dalam kitab fiqh. Bagi yang bermuqim, dibenarkan selama sehari semalam. Bagi yang bermusafir, dibenarkan selama 3 hari 3 malam, dengan stokin yang sama, sekiranya tidak membukanya. Di negara mat saleh, bukan semua tempat ada masjid. Kita perlu solat di tengah jalan sekiranya bermusafir jauh. Tandas awam pula konsepnya kering. Sumber air hanya di sinki, dan mereka pantang melihat kita mengangkat kaki ke sinki.
TIPS MEMILIH SEAT AIR ASIA X
Kami bertuah kerana mendapat flight yang baru. Airbus A330 saya rasa. Oleh kerana bergerak pada waktu malam, ini peluang yang baik bagi saya untuk menyaksikan sun rise di dalam pesawat. Justeru, saya memilih untuk duduk di kerusi tepi tingkap belah kiri pesawat, kerana destinasi kita ialah ke timur dunia. Tips saya sekiranya ada bajet untuk menempah kerusi pesawat AirAsia X (bermula daripada sekitar RM45), pilihlah daripada seat number 44 ke atas. Ya, memang di bahagian belakang pesawat, tetapi hanya ada 2 orang sahaja di row anda. Mudah untuk keluar masuk, dan ruang berjalan juga agak luas.
Saya menempah seat 46A semasa pergi, dan 44K semasa balik.
Set row 1 - 43, di belah tepi ada 3 kerusi. Sempit. Elakkan, terutamanya yang 43C dan 43H, asik dilanggar orang je nanti.
Langit malam memang cantik di dalam pesawat. Ini di saat awal penampakan fajar sodiq. Saya terlepas peluang memerhatikan fajar kazib. Pilot pesawat ini non Muslim, justeru tidak tahu pengiraan waktu solat subuh. Saya ambil gambar ini sekitar jam 4 pagi waktu Malaysia.
Sebenarnya, hilal muda bulan tua Rejab juga kelihatan di sudut pandang kerusi saya ini, di sekitar bawah sayap pesawat. Tetapi tidak lekat di kamera. Cukup cantik pemandangannya.
TIPS MAKANAN DI DALAM PESAWAT AIRASIA X
Secara asasnya, AirAsia tidak memasukkan makanan di dalam harga asas tiket. Pelanggan perlu membeli, sama ada sebelum menaiki pesawat di atas talian, dengan harga yang amat murah (sekitar RM15) atau membeli di atas pesawat dengan harga premium.
Saya amat mencadangkan sekiranya kita menaiki pesawat dengan destinasi sejauh 8 jam ke atas, maka belilah 2 kali makanan. Makanan pusingan pertama akan dihidangkan sekitar 2 jam selepas berlepas, sementara yang kedua sekitar 3 jam sebelum mendarat. Amat penting membeli 2 kali makanan, kerana kita ingin terus bertenaga dan bergerak sejurus selepas mendarat nanti. Selain itu, harga makanan yang mahal di destinasi juga perlu diambil kira.
Satey Ayam Air Asia
Mana nak sama dengan satey yang segar dari tempat panggang kan. Dagingnya sedap, kuahnya boleh tahan. Nasi impitnya sahaja yang terasa begitu di'preservative'. 4.5/5.
Hot Drink di AirAsia memang superb. Oleh kerana dah tengah malam, maka saya pilih hot chocolate. Sama harga dengan Milo 3 in 1.
Amat penting untuk membeli makanan secara online. Kalau beli di atas flight, harganya akan mahal, hampir sekali ganda.
Senarai harga jajan.
Harga minuman panas. Sedap.
Harga light snack.
Harga light snack.
All time favorite bagi last minute buyer di dalam flight. Kelakar je saya tengok steward flight menggoreng mat saleh mengenai mee segera ini, especially yang berperisa tom yam hehe.
Meal kedua saya, dihidangkan sekitar 3 jam sebelum jadual ketibaan di Sydney.
Memang best lah Nasi Lemak Pak Nasser ini, Tidak hairanlah mendapat pujian dan rating yang bagus. Nasi lemak di langit OZ tuuu.
HIBURAN DI DALAM PESAWAT.
AirAsia X tidak menyediakan sebarang bentuk hiburan percuma di dalam pesawat. Memandangkan pesawat berlepas tengah malam, dan bergerak pula ke arah timur, maka sebaiknya tidurlah sahaja. Bawa earphone bagi mendengar alunan ayat al-Quran daripada smartphone anda. AirAsia ada menawarkan sewaan Tab untuk menonton movie, tetapi percayalah, tidak berbaloi.
No comments:
Post a Comment