Thursday 19 May 2016

Coonabarabran Part 2: Peralatan, Menyewa Kereta dan Sim Card

Perjalanan ke Sydney amat selesa sekali bagi saya. Selepas subuh, kita sudah mengetahui lokasi kita di tengah Australia, dengan melihat kawasan padang pasir.

Padang Pasir Australia. Saya rasa, menunjukkan lagi 2-3 jam nak sampai Sydney.

Kemudian akan kelihatan pula bukit bukau menghijau

Akhirnya, bukti ketamadunan manusia di NSW  :P 

PERALATAN YANG DIBAWA

Sebagai orang yang baru mula berjinak-jinak dengan astrofotografi, peralatan yang saya bawa adalah dianggap minimalis, berbanding dengan otai. Saya membawa perlatan berikut:

1. Nikon D7000 dengan lens Tokina 11-16 2.8, Nikkor 35mm 1.8 dan Nikkor 50mm 1.8. Ini merupakan jentera pengimejan utama saya. Di dalam astrofotografi, Canon lebih ke hadapan berbanding Nikon. Justeru dalam trip ini, hanya 3 orang menggunakan body Nikon (penting untuk tahu, bagi membolehkan kita bertukar lens), sementara yang lain memakai Canon.

2. Olympus OMD EM5, dengan lens Zuiko 17mm 1.8, Zuiko 45mm 1.8 dan Lumix 12-35 2.8mm. Tujuan saya membawa body mirrorless ini ialah bagi menguji kemampuan kamera yang ringan bagi tujuan astrofotografi.  Hasilnya? Nantikan dalam entri berikut. Selain itu, kamera ini juga banyak digunakan untuk day street photography semasa berjalan-jalan di tempat perlancongan.

3. iSaw Camera Extereme, yang merupakan pesaing bagi GoPro 3. Masih berfungsi dengan baik, walaupun telah bertahun memakainya. Tujuan asal lebih kepada selfie, rakaman video, timelapse perjalanan dalam kereta dan seumpamanya.

4. Saya juga membawa beberapa tripod bagi kamera di atas. Amat penting membawa tripod dengan ball head yang kukuh bagi merakam imej langit malam.

Kesemua perlatan di atas mengambil 2/3 daripada keseluruhan berat bagasi saya.

Untuk next trip, berikut merupakan wish list peralatan saya:

1. Star tracker, seperti Sky-Watcher Sky Adventurer atau Vixen Polarie Star Tracker, bagi membolehkan rakaman imej berganda.

2. Fish Eye lens.

TIBA DI AIRPORT; SENARAI SEMAK SERTA BARANG MAKANAN TERLARANG

Kami sampai di Airport Sydney pada jam 0830hrs waktu tempatan. Airport Sydney merupakan antara airport yang agak lama juga beroperasi di dunia. Terminal antarabangsa dan domestik agak jauh antara satu dengan yang lain. Oleh kerana airport ini terletak berhampiran dengan kawasan perumahan, maka ianya agak sibuk menerima ketibaan pesawat di awal pagi. Tiada pesawat mendarat dan berlepas pada waktu malam.

Australia terkenal sebagai negara yang mengamalkan pemeriksaan kastam dan kuarantin yang ketat di dunia. Ada beberapa senarai semak yang perlu dilakukan sebelum menaiki kapal terbang ke sini:

1. Mendapatkan visa ETA. Anda boleh buat sendiri menerusi laman ini, atau boleh buat dengan kos yang lebih murah daripada mana-mana travel agent berdaftar. Saya membuat ETA saya menerusi email sahaja, hantar email hasrat ke eta.australia@yahoo.com (Cik Intan). Nampak macam tak meyakinkan, tapi jangan risau, ramai dah buat menerusi cara ini. Anda akan diminta untuk melampirkan beberapa dokumen berkaitan. Cajnya amat murah, RM20 sahaja, berbanding RM60 di tempat lain.

2. Menyemak senarai black list daripada keluar negara, di laman ini [klik]. Amat penting untuk membuat pemeriksaan bagi mengelakkan berlakunya pelbagai kesulitan dan pembaziran. Saya difahamkan ada seorang peserta rombongan Palembang tidak lepas kerana salah faham mengenai status pinjaman PTPTN.

3. Menguruskan hal ehwal urusan kewangan dan perbelanjaan sepanjang perjalanan, seperti menukar duit, mengaktifkan pengeluaran duit ATM di luar negara (PLUS) di mesin ATM bank anda, serta memaklumkan pengeluar kad kredit anda mengenai hasrat ke luar negara.

4. Hanya membawa makanan yang dibenarkan mengikut undang-undang Australia. Lihat senarai semak barangan makanan yang boleh dan terlarang di sini [klik]. Jangan main sorok-sorok atau bergantung kepada nasib baik. Isi kad deklarasi dengan jujur. Anjing penghidu akan berkeliaran di seluruh kawasan bagasi. Ikut sahaja arahan, inshaAllah percutian kita tidak akan menghadapi masalah. Makanan halal termasuk mee segera, kopi segera dan nasi serta lauk halal segera banyak dijual di seluruh Australia.

Di dalam kad deklarasi, saya mengisytihar secara jujur membawa beberapa jenis ubat dan supplement. Geng Falak Online yang lain juga berbuat demikian. Daripada 8 orang, hanya saya seorang sahaja diminta untuk pergi ke kaunter pemeriksaan lanjut, sementara yang lain dibenarkan keluar tanpa pemeriksaan. Cuma alhamdulillah, saya hanya disoalsiasat secara lisan sahaja, dan tidak perlu membuka beg. Ada beberapa penumpang kapal terbang yang sama, terpaksa diselongkar beg mereka.

Sampai sahaja di balai ketibaan, masing-masing membuang air terlebih dahulu. Selamat datang ke dunia 'tandas tanpa air'. Gunakanlah ilmu fiqh yang kita pelajari sekemas mungkin di negara orang. Bawa sentiasa botol air mineral kosong, amat penting sekiranya ingin membuang air besar.

Kami keluar sedikit lewat, kerana Allah uji salah seorang peserta rombongan kami dengan kehilangan bag. Setelah membuat laporan, barulah kami keluar ke balai ketibaan.

MENYEWA KERETA DAN SIM CARD TEMPATAN

Perkara pertama yang kami lakukan ialah urusan kereta sewa. Oleh kerana kami berlapan membawa barang-barang bersaiz besar, maka kami tiada pilihan melainkan menempah kenderaan SUV / kereta wagon. Satu kumpulan telah membuat tempahan awal secara talian di Malaysia lagi. Tempahan awal ialah daripada syarikat Thrifty dengan kereta Holden Evoke Wagon, tetapi apabila sampai di kaunter, kami diberikan naik taraf percuma kepada kereta Toyota Kluger. Puas hati sangat, kerana besar. Sementara satu kereta lagi ialah Renault Koleo.

Perjalanan ke Coonabarabran melibatkan kawasan tanah tinggi. Justeru, pemilihan kenderaan yang sesuai adalah amat penting. Lesen memandu Malaysia yang baru (dengan terjemahan Bahasa Inggeris) diterima di sini. Sewaan perlu dibuat menggunakan kad kredit, kerana ada beberapa kos tambahan seperti tol dan lain-lain akan dicaj langsung ke kad kredit. Tol di sini amat efisyen, tiada kaunter langsung. Sebaliknya, ada sensor yang akan mengesan kereta anda. Sensor ini memang terdapat di dalam kereta sewa, lagi canggih daripada SmartTag di Malaysia. Kos tol bagi perjalanan kami tidak mencecah RM100 pun. Murah.

Sementara menunggu urusan kereta sewa, saya singgah ke kedai telco OPTUS untuk membeli prepaid data. Semasa berkunjung ke Australia, ada beberapa cara untuk kekal dengan dunia internet:

1. langgan data pakej roaming dengan telco Malaysia anda. Kalau Maxis, sekitar RM38 sehari, dengan maksimum 500mb data setiap hari. Call dan text berbeza, roaming automatik. Bagi yang tidak melanggan, jangan lupa untuk switch off data roaming di setting handphone anda, sekiranya tidak mahu menerima bill ribuan ringgit.

2. cara terbaik bagi saya ialah memakai sim card Australia sahaja. Saya recommend pakej daripada syarikat OPTUS. Sim card adalah percuma, dengan syarat anda top up / recharge credit sebanyak AUD10. Dengan jumlah AUD10, anda akan dapat data sebanyak 500mb setiap hari selama 5 hari, serta unlimited call dan text ke local Australian numbers. Murah kan? Boleh juga berkongsi data dengan rakan yang lain sebagai tethering/access point. Saya biasanya akan membawa 2 telefon, satu line Malaysia (roaming call dan text sahaja) sementara satu lagi saya pakai untuk line telco tempatan.

Beratur agak panjang. Sekiranya tidak mahu beli di airport, boleh beli di mana-mana groceries stores seperti Coles atau Woolworth. 

Kuda pertama kami, Toyota Kluger. Selesa sungguh. Kereta baru, milage baru 6000km. Saya join group kereta ini. 

Ini pula Renault Koleo. Sedikit kecil berbanding Kluger, tetapi masih amat selesa. Pastikan anda semak sebarang tanda calar dan kemek sebelum mula memandu, bagi mengelakkan caj tambahan. Insurance waiver juga amat digalakkan untuk diambil. Setiap driver tambahan pun ada bayarannya. 

Kapal terbang kami mendarat jam 0830hrs. Dan kereta kami hanya bersedia untuk bergerak hampir jam 1200hrs dengan pelbagai urusan di airport.

Maka, bermulalah suatu perjalanan...

Nantikan sambungannya di dalam Part 3.



No comments:

Post a Comment