Antara peta pelancong terbaik. Rancanglah perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakan dan ulang-alik turun naik bukit. |
Mengikut plan kami, lokasi pilihan terjauh ialah di Lavender Garden. Taman bunga komersial ini terletak selepas Kea Farm, antara Tringkap dan Kuala Terla. Sekiranya terlajak, anda akan berjumpa dengan satu lagi ladang teh milik Bharat/Cameron Valley, yang di sebelahnya, menawarkan ATV.
LAVENDER GARDEN
Bayaran masuk agak mahal, RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Tetapi bagi saya, pemandangan yang ditawarkan, adalah berbaloi dengan wang yang dibayar. Taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga lavender dan landskap yang menarik. Bersedia untuk mendaki tangga secara perlahan-lahan untuk melihat pemandangan yang indah. Bukan sekadar bunga dan ladang, tetapi ada beberapa binaan dan patung aminasi kanak-kanak yang menarik. Topografi kawasan ini tidak sesuai untuk OKU berkerusi roda, warga emas, stroller kanak-kanak atau yang mengalami masalah untuk mendaki tangga yang tinggi.
Lavender from China - tak beberapa merimbun |
Mona Lavender - merimbun dan padat bunganya |
Red & purple |
Kombinasi warna menarik |
Lokasi wajib bergambar di pintu masuk taman |
Lanskap yang menarik |
Wooden wheel |
PYO strawberry ditutup hari ini. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan PYO, kerana harganya agak mahal. |
Nantikan sambungan di part 4
Cameron Highlands Part 1 :: Perjalanan Kuantan - Bentong - Raub - Sg Koyan - Ringlet :: Bee Farm
Cameron Highlands Part 2 :: Home Stay - Tanah Rata - Kafe Bharat - Kedai Mamak Terbaik
Cameron Highlands Part 3 :: Lavender Garden
Cameron Highlands Part 4 :: Boh Tea Centre Sungei Palas
Cameron Highlands Part 5 :: Cactus Park : Time Tunnel Gallery : Dobi Layan Diri
Cameron Highlands Part 6 :: Masjid Abu Bakar Tanah Rate : Rose Centre
Cameron Highlands Part 7 :: Taman Agro Teknologi Mardi: Kafe Abang Strawberi
Cameron Highlands Part 8 :: Menaiki Buggy ke Cameron Valley
No comments:
Post a Comment