Wednesday 30 November 2016

Cameron Highlands Part 5 :: Cactus Park :: Time Tunnel Gallery :: Dobi Layan Diri Di Brinchang

Selepas menghabiskan sekitar 2 jam di Ladang Teh Boh Sg Palas, kami pun bergerak semula ke atas, iaitu menghala ke Brinchang.

Asalnya, kami ingin menuju ke Mossy Forest. Tetapi ada pekerja Ladang BOH memaklumkan yang jalan ke sana ditutup sehingga awal 2017.

Berdasarkan itinerari kami, terdapat beberapa destinasi perhentian yang menarik sepanjang perjalanan. Antara tempat kami berhenti ialah di Cactus Park, Time Tunnel Gallery, dan lain-lain.

CACTUS PARK

Cactus park terletak di lokasi tepi jalan yang berselekoh tajam. Sebenarnya, ia adalah kedai yang besar, menjual pelbagai jenis pokok. Kaktus sebenarnya hidup di padang pasir kan? Kurang ada kaitan dengan tempat sejuk. Yang penting, masuk percuma, kawasannya agak besar, ada tandas awam, ada gerai minuman, dan ada arked permainan untuk kanak-kanak.

Antara pokok jualan. Tak pasti adakah pokok ini boleh hidup di 'bawah'.

Pokok kaktus yang cute. Di bawah atau di dalam rumah, boleh hidup.

Pokok duit-duit mini?


Lihat harganya, untuk perbandingan

Subhanallah

Subhanallah

Subhanallah

Perhatikan, pokok kaktus yang dalam proses 'kematian'

Semasa kami sampai di Cactus Park, hujan lebat turun mencurah-curah. Omar tidur, jadi saya hanya menjaga Omar dalam kereta sahaja.

TIME TUNNEL GALLERY

Time Tunnel Gallery merupakan satu muzium persendirian yang mempamerkan koleksi vintaj dan barang-barang lama. Ianya terletak di tepi jalan utama sahaja, berhampiran dengan Brinchang. Melihat bangunannya yang kelihatan kecil, seolah-olah rumah kedai, mula-mula saya skeptikal adakah berbaloi membayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tetapi apabila masuk, saya rasa amat berbaloi.

Pameran di dalam galeri ini seolah-oleh membawa kita ke masa lampau, daripada tahun pra kemerdekaan sehingga ke zaman moden. Tahniahlah kepada pengusaha galeri ini.

Di luar galeri, ada beberapa kedai, ladang strawberi. Tandas disediakan, berbayar. Surau juga disediakan. Gerai makan pun ada. Sekiranya ingin merasa sayur goreng, cendawan goreng dan lain-lain street food yang sinonim dengan Pasar Malam Brinchang, boleh dapatkan di sini juga.

Bahagian luar kedai. Parking kereta pun tepi jalan sahaja. 


Ada brand yang telah pupus

Darkie sebelum Darlie....

Kamera SLR dan DLR

Kegilaan wanita dulu..

Singer..

Siapa kecik-kecik dulu pernah main tikam? Inilah jarum halus untuk mengharuskan perjudian sejak zaman kanak-kanak

Gambar lama Cameron Highlands

F&N

Tin susu lama

Telefon lama. Anak saya struggle juga untuk faham konsep penggunaannya

Kopitiam lama..

Iklan P Ramlee
Banyak lagi gambar pameran di hard disk saya, tetapi malaslah pulak nak upload semuanya.

Tour kami tamat sekitar jam 5 petang. Dalam perjalanan pulang, kami menyusuri beberapa jalan kecil di Brinchang, di Kampung Taman Sedia dan di sekitar Tanah Rata.

Untuk dinner, saya beli lauk dan juga mee goreng mamak di Fahmida sahaja, berhampiran dengan apartment. Masak nasi sendiri, amat menjimatkan. Selepas jama' Maghrib dan Isha', memandangkan baju kami anak-beranak dah bertimbun, melebihi plastik besar biru IKEA yang masyhur tu, maka tibalah masanya untuk mendobi.

DOBI DI CAMERON HIGHLAND

Walaupun apartment kami di Tanah Rata ini letak berhampiran dengan kedai dobi, tetapi rasanya cajnya mungkin agak mahal bagi pengunjung ramai macam keluarga kami. Tiada pilihan lain, melainkan mencari kedai dobi layan diri. Jangan terkejut ye, kerana sebesar-besar Cameron Highlands ni, hanya ada SATU KEDAI DOBI LAYAN DIRI. Lokasinya pula, ialah di kawasan yang paling sibuk, iaitu di tengah-tengah pekan Brinchang, di bawah Parkland Hotel, berhampiran Central Market.

Ini bukan gambar saya. Saya tak bawa kamera dan handphone semasa mendobi. Kredit buat tuan punya blog mangoxin.blogspot.my. Dah le satu je kedai dobi layan diri ni, mesin pembasuh hanya ada empat. Pengering pun empat. 
Kredit kepada tuan gambar, mangoxin.blogspot.my. Inilah lokasi satu-satunya kedai dobi layan diri di seluruh Cameron Highlands. Nak dapatkan parking pun kena tawaf beberapa kali. 

Kami sampai di sana sekitar jam 7:45 malam. Ingatkan, tak ramai orang. Tetapi masih kena beratur juga. Apa taknya, mesin 14kg hanya ada empat unit sahaja. Dryer pun 4 unit sahaja. Owner kedai dobi layan diri ini, saya rasa, ialah owner hotel Parkland juga. Sabun kena bawa sendiri ya. Boleh beli di hotel, atau beli sahaja di mana-mana kedai runcit berhampiran.

Kami menghabiskan masa dua jam melepak di kedai dobi. Sementara menunggu baju kering dalam dryer, kami tawaf jalan kaki di sekitar pekan Brinchang, ramai-ramai. Dapatlah juga tahu lokasi-lokasi kedai yang menjual cenderahati murah di hadapan kedai dobi tersebut.

Kami balik jam 10 malam. Alhamdulillah, selesai masalah baju untuk trip 4 hari 3 malam kami ni. Alhamdulillah, dapat tidur dengan nyenyaknya di dalam kesejukan CH.

Pada belah malam, kami menghabiskan masa berkualiti di apartment sahaja. Best juga main game, tengok berita jam 8 ramai-ramai. Pada waktu ini, kepoh di parlimen seorang timbalan menteri bercakap dengan nada lucah kepada anggota parlimen wanita pembangkang, dan seorang lagi ahli parlimen pembangkang bercakap 'sial'. Letih juga nak menjawab nak bagi penerangan. Malu dapat pemimpin dan pembangkang macam ni Yang korang baca habis ni pasal apa, ini salah skrip la. Sepatutnya untuk malam esok.....

Nantikan part 6.




Cameron Highlands Part 1 :: Perjalanan Kuantan - Bentong - Raub - Sg Koyan - Ringlet :: Bee Farm
Cameron Highlands Part 2 :: Home Stay - Tanah Rata - Kafe Bharat - Kedai Mamak Terbaik
Cameron Highlands Part 3 :: Lavender Garden
Cameron Highlands Part 4 :: Boh Tea Centre Sungei Palas
Cameron Highlands Part 5 :: Cactus Park : Time Tunnel Gallery : Dobi Layan Diri
Cameron Highlands Part 6 :: Masjid Abu Bakar Tanah Rate : Rose Centre
Cameron Highlands Part 7 :: Taman Agro Teknologi Mardi: Kafe Abang Strawberi
Cameron Highlands Part 8 :: Menaiki Buggy ke Cameron Valley

1 comment: