Cameron Highlands Part 4 :: Boh Tea Centre Sungei Palas
Selepas Lavender Garden, kami menuju ke Ladang Teh BOH Sungai Palas. Sebenarnya, dari Tanah Rata, inilah destinasi asal pertama kami. Tetapi kami tidak perasan langsung akan tanda masuk jalan ke Sungai Palas, yang terletak berhampiran Kea Farm, di hadapan Cameron Square, satu-satunya shopping mall di CH. Dari Tanah Rata/Brinchang, tanda jalan memang tidak kelihatan. Tetapi daripada Simpang Pulai, tanda jalan masuk ke Ladang Teh BOH Sungai Palas amat jelas kelihatan.
Oleh kerana terlajak melebihi Lavender Garden, saya buat pusingan u-turn di Cameron Valley Kuala Terla milik syarikat Bharat. Ada kedai dan kafe di sini. Di sebelahnya, seakan-akan ada ATV. Saya tidak turun, hanya sekadar bergambar.
Dari jalan utama, simpang masuk ke Sg Palas memang agak kecil, dan sibuk dengan pelbagai projek pembangunan baru. Pemandu perlu berhati-hati, kerana jalannya kecil. Biasanya pemandu pelancong akan membunyikan hon di setiap selekoh bagi tujuan keselamatan.
Jalan inilah juga yang akan membawa kita ke Gunung Brinchang dan Mossy Forest (Hutan Lumut). Mossy Forest memang cantik dengan lumut semulajadi. Ramai yang menyatakan seolah-olah berada di dalam filem Avatar. Akan tetapi malang sekali, semasa kami ingin pergi ke sana, jalan ditutup kepada kenderaan awam. Menurut pekerja ladang BOH, ianya hanya akan dibuka pada awal tahun 2017.
Untuk naik ke pelantar kafe dan kedai serta kilang BOH, jiwa dan fizikal kena kental. Kecuali anda membayar untuk private tour, kenderaan anda hanya dibenarkan untuk parking di lembah, bersebelahan dengan sekolah anak-anak pekerja ladang. Untuk mendaki, jaraknya saya rasa melebihi 400 meter, walaupun papan tanda hanya menunjukkan 200 meter sahaja. Kalau betul pun 200 meter, ianya satu pendakian yang agak meletihkan, khususnya bagi yang beranak kecil seperti kami.
Ini baru separuh perjalanan ya..
Bila Omar letih, kena la dukung dia
Pujuk jalan perlahan-lahan
Sikit lagi nak sampai
Alhamdulillah, fuh lega bila dah sampai atas. Sekarang, tunggu giliran untuk bergambar
Inilah kafe teh Boh yang menjadi impian semua pelancong. Hari weekdays, bukan cuti sekolah, pun ramai manusia juga
Hijau
Mendamaikan
Kedai menjual produk teh boh. Ada yang diproses dan dibungkus di sini. Ada yang diproses di luar CH
Antara mesin memproses teh pertama di kilang Boh.
Lawatan ke kilang. Pada hari berkenaan, mereka tutup awal, jam 1:30 pm. Kami pengunjung terakhir dibenarkan masuk ke dalam kilang. Pekerja-pekerja ladang ada majlis sosial mereka pada petang berkenaan. Pada hari biasa, ladang ditutup sekitar jam 4:30 pm. Masuk ke kawasan ini adalah percuma, melainkan anda meminta private tour.
Cantik kan Sg Palas? Tahukah anda, teh yang baru ditanam, hanya boleh diambil daunnya untuk diproses sebagai serbuk teh, selepas 3 tahun? Dan tahukah anda, teh boleh hidup melebihi 100 tahun?
No comments:
Post a Comment