Andai dirujuk sejarah tamadun-tamadun yang silam, kita akan dapati bahawa antara bidang yang menjadi keutamaan mereka ialah bidang astronomi.
Khasnya di dalam Tamadun Islam, bidang ini dijadikan tumpuan sarjana kerana berkait rapat dengan persoalan hitung tempat (memberikan faedah kepada arah qiblat) dan hitung masa (memberikan faedah kepada waktu solat, awal Ramadan dan lain-lain).
Di dalam al-Quran, banyak ayat yang mengajak manusia supaya memerhati dan mencerap objek samawi, sebagai salah satu daripada tanda kebesaran Allah (Ayatullah).
Di Malaysia, terdapat banyak balai cerap yang didirikan atas semangat di atas. Antara yang popular, ialah di Teluk Kemang. Diberikan nama Balai Cerap Baitul Hilal (House of Crescent), tapak kawasan ini telah digunakan untuk mencerap anak bulan sejak bertahun lamanya. Atas sokongan daripada kerajaan negeri menerusi MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) serta pusat menerusi JAWHAR (Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji), akhirnya terbinalah sebuah kompleks yang berkonsepkan edu-astro-tourism, menggabungkan hotel Klana Beach Resort dan juga Baitul Hilal di Teluk Kemang, berhampiran dengan Port Dickson.
Koordinat:
2.447315, 101.856040
Website:
klik
|
Main Entrance. Terdapat papan tanda yang jelas di luar Jalan Teluk Kemang-Port Dickson. Resort ini terletak di belakang beberapa hotel yang lain. Betul-betul di tepi tebing pantai. |
|
Di hadapannya, tersergam indah Balai Cerap Baitul Hilal. |
|
Pemandangan pantai sekitar. |
|
Pantai berdekatan. |
|
Baitul Hilal, pada suatu hari yang cantik langit siangnya, setelah hujan pada malam sebelumnya. |
|
Lobi hotel. Tidaklah terlalu besar, tetapi cukup selesa. |
|
Masuk hotel, akan terus melihat dua teleskop, bagi memberikan deskripsi falsafah hotel berkongsepkan edu-astro-tourism ini. |
|
Selain itu, hotel ini juga dipenuhi dengan gambar-gambar bertemakan astronomi. |
|
Gambar-gambar astronomi daripada astronomer amatur, profesional dari seluruh negara menghiasi hotel. |
|
Pemandangan dari bilik yang menghadap pantai. Amat penting untuk menempah bilik dengan pemandangan pantai sebegini, bagi membolehkan anda menikmati keindahan pantai. |
|
Ruang resepsi yang kecil, tetapi selesa. |
|
Bilik dengan dua super single. Tingkapnya kecil sahaja, tetapi pemandangannya, subhanallah. Kelengkapan dalam bilik adalah standard, seperti TV, peti sejuk kecil, air mineral, coffee set, almari, penggantung pakaian, peti keselamatan dan lain-lain. |
|
Encik Muzammir, staf balai cerap yang sempoi. Beliau tidak jemu melayan tetamu pagi petang siang malam. Waktu lawatan ke balai cerap ini ialah sehingga 12:30 tengah malam. |
|
Teleskop 24 inci, setakat ini yang terbesar di Malaysia. Kos keseluruhan untuk teleskop ini sahaja menelan belanja RM1.7 juta. |
|
Walaupun mahal, balai cerap ini mengamalkan dasar yang terlalu terbuka kepada orang ramai khasnya peminat dan penyelidik astronomi. Pengunjung hanya dikenakan bayaran yang terlalu minimum, tidak sampai RM10. Tetamu hotel diberikan akses masuk percuma. Kubah itu dibuka mengikut kedudukan teleskop mengarah, dan berkemampuan untuk mencerap objek pada sudut serendah 0'. |
|
Yang mencabarnya untuk naik ke balai cerap tadi, ialah perlu naik tangga ke tingkat 6. Tiada lif disediakan, bagi mengelakkan gegaran yang menjejaskan kualiti imej yang diambil di teleskop. Walaupun termengah-mengah naik ke tingkat 6, pengunjung boleh membaca info-info menarik astronomi di lantai tangga. Perhatikan juga tiang di luar tingkap tangga ini, kerana tiang itu 'stand alone' bagi menampung mounting telescope yang berat itu. |
|
Boleh juga 'mencerap' orang mandi di swimming pool. Ada 3 pool, untuk kanak-kanak, dewasa wanita dan dewasa lelaki. Semua berasingan tetapi berhampiran. Untuk dewasa lelaki, dalamnya sekitar 4 kaki, panjangnya 10 meter sahaja. |
|
Gambar ini diambil daripada tingkat 3 balai cerap, yang menempatkan teleskop matahari. Kelihatan bangunan hotel, serta pantai yang cantik di hujung sana. Banyak aktiviti pantai yang ditawarkan, selain daripada berenang. Tetamu hotel hanya perlu menuruni tebing bertangga di depan hotel untuk sampai ke kawasan pantai berpasir halus ini. |
|
Teleskop matahari. Ada 3 semuanya. Memang terbaik untuk merakamkan imej matahari. |
|
Inilah kubah yang memuatkan teleskop solar. Dibeli dari Poland. |
|
Seorang pelajar asronomi Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sedang mencerap matahari. |
|
Selepas letih mencerap, bolehlah makan di kafe hotel. Dekorasinya menarik, walaupun ruangnya agak kecil. |
Tips:
1. Perlu membuat tempahan awal, kerana hotel ini sentiasa penuh khasnya pada hujung minggu, dan juga pada hari atau malam berlakunya fenomena astronomi.
2. Tetamu hotel mempunyai akses lawatan ke balai cerap. Sementara pengunjung luar pula dikenakan bayaran yang terlalu murah.
3. Staf kerajaan diberikan diskaun 10%.
4. Staf di sini memang sempoi dan komited, kerana minat mereka yang mendalam terhadap astronomi. Justeru jangan segan silu untuk melawat balai cerap ini, walaupun pada tengah malam.
5. Semasa menempah bilik, mintalah untuk menghadap ke arah pantai.
6. Tarikan utama - teleskop terbesar di Malaysia (24 inci), teleskop matahari (ada 3 semuanya dengan kemampuan yang berbeza), serta dek cerapan.
wow selepas membaca penulisan ini, terasa ingin menjejakkan kaki ke sana pula. doakan semoga saya dapat ke sana juga ya suatu hari nanti :)
ReplyDeletewow selepas membaca penulisan ini, terasa ingin menjejakkan kaki ke sana pula. doakan semoga saya dapat ke sana juga ya suatu hari nanti :)
ReplyDeleteSaya ada view sekitar batu 7 di pantai Teluk Kemang.... Sempat juga play my drone Quodcopter petang sana... Walking beach can see motorboad di pantai.. (Nazri Abdullah)
ReplyDelete