Sunday, 8 November 2015

Pantai Batu Hitam, Kuantan

Pantai Batu Hitam merupakan antara destinasi pilihan warga Kuantan untuk merehatkan diri pada hujung minggu. Kebiasannya pantai ini akan penuh dengan pengunjung, kerana lokasinya hanya terletak hanya 10 kilometer daripada bandar Kuantan.

Koordinat: 3.887542, 103.366063
Kemudahan: gerai makan, tandas awam, wakaf, kerusi dan lain-lain.

Parking kereta percuma. Banyak ruang. Secara peribadi, saya suka parking di bahagian selatan pantai, di kawasan berpasir (bukan di jalan tar, berpetak), kerana hampir dengan pantai.

Pantai ini terletak berhampiran dengan sebuah kawasan perumahan dan kampung. Ada sebuah resort berhampiran. Orang kampung juga ada menjual ikan-ikan segar.

Pasirnya lembut memutih. 

Sesuai untuk kanak-kanak, tetapi seperti biasa, semua pantai yang menghadap Laut China Selatan, pengunjung perlu lebih berhati-hati. 

Menjelang senja

Fasiliti asas yang lengkap, termasuklah gerai makan. ABC aiskrim di sini memang sedap.  
Bahagian utara pantai. 

Bahagian selatan pantai

Mengapa dikenali sebagai Pantai Batu Hitam?  
Kerana di bahagian utara pantai, terdapat batu-batu hitam. 
Layang-layang merupakan antara aktiviti popular di sini. Banyak gerai yang menjualnya...

Ais krim juga banyak dijual oleh peniaga bermotor di sepanjang pantai. Peniaga ini berasal daripada Kemboja, fasih berbahasa Melayu. Gigih betul mencari rezeki di negara orang. 

No comments:

Post a Comment