Monday, 9 November 2015

JUMP - Trampoline Park Pertama di Kuantan

JUMP merupakan Trampoline Park yang saya rasakan, pertama di Kuantan. Terletak di tingkat 3 Berjaya Megamall.

Pertama kali saya ke sini, ingatkan cawangan UMP. Rupanya, memang namanya JUMP :D

FB rasmi JUMP: klik

Sepanjang tahun 2015, rasanya dah lebih 3 kali saya bawa anak-anak ke sini. Happy sangat mereka. Kali ini, saya bawa mereka semasa 'force leave' Deepavali, sambil menunggu kereta di'service' di Tan Chong Jalan Beserah.

Pengguna kereta Nissan, sementara menunggu kereta anda di'service' oleh Tan Chong, elok sangatlah berjalan kaki ke Megamall. Sebelum itu, minumlah kopi free dulu di Tan Chong. 

Tan Chong Express Auto Service @ Jalan Beserah, Kuantan. Garage ni amat sibuk. Saya lebih prefer service centre di Indera Mahkota 14, dekat sahaja dengan rumah. Elok juga bawa anak-anak ke sini, biar mereka terdedah asas kejuruteraan mekanikal. Banyak juga soalan depa kena jawab..

Megamall terletak sekitar 2000 tapak je dari Tan Chong. Selamat menapak...
Harga terkini. Go Kart adalah tarikan baru. Biasanya GoKart dibuka lewat. 
Somersault berpusing .... kelihatan kereta go-kart di belakang. Tapi sehingga jam 1 tengahari di suatu hari cuti sekolah, staf tak datang-datang. Rasanya, lebih baik tak payah bukak kan... 
Somersault berpusing lagi...

Dan lagi... berjemaah, sampai muntah

Area melompat sambil main dodgeball. Main 10 minit pun dah letih. 

Slam Dunk area... 
Area melompat tanpa henti

Boleh release stress di sini..

Ada yang tak release stress, sampai buat ukiran seni di sini (read as I Hate You). Adeh, mental bebudak zaman sekarang ni....

Bagi saya, tempat ini ialah sihat dan menyihatkan. Daripada bawa anak-anak tengok movie, atau main di capcom, lebih baik bawa mereka di sini. Lepaskan tenaga mereka.... 

Selamat berjimba!

1 comment: