Tuesday, 10 November 2015

Food Review: Warung Keropok Mok Na @ Tanjung Lumpur

Antara kedai minum petang yang agak popular di Kuantan ialah Warung Keropok Mok Na. Warung ini terletak di Tanjung Lumpur. 

Lokasi koordinat: 3.793819, 103.332262

Walaupun lebih sinonim dengan keropok lekor, warung ini juga menjual makanan digoreng segera, seperti ikan/sotong/ketam goreng celup tepung, kuih manisan, serta juadah makan tengahari. Sata dan otak-otak turut dijual, yang bagi saya sedap juga dengan cara tersendiri.

Air kelapa muda segara juga dijual di sini. Sebaiknya, tanya dahulu adakah kelapa itu betul-betul muda, atau dah nak masuk usia tua. Kelapa muda nak masuk usia tua, isinya keras, rasanya juga kurang sedap.

ABC dan cendol ais krim juga sedap.


Daripada Jambatan Tg Lumpur, pengunjung perlu u-turn selepas Masjid Lama... sehinggalah nampak sign board ini. Wahai warga Kuantan, patuhilan undang-undang, parkinglah di tempat yang disediakan. Parking di tepi jalan ini amat selfish, membahayakan kenderaan lain. 

Warung yang simple sahaja. Dikunjungi semua bangsa. Meja dan kerusi banyak disediakan di dalam. Selesa dan berangin. 

Parking yang luas di belakang gerai. Bukannya jauh pun nak menapak ke gerai dari tempat parking ini..
Ketupat palas... all time favorite. Sekiranya dibungkus ke rumah, saya suka goreng ketupat palas ini sebelum makan. 
Kelapa muda. Kredit kepada adik yang bekerja di sini, mereka jujur apabila kelapa yang dibekalkan kepada mereka kurang isi (hampir tua) atau sebaliknya. Boleh dibeli sebiji, atau minta coconut shake pun sedap juga

Udang goreng celup tepung. 

Isi ketam goreng tepung. 
Ketam goreng celup tepung bagi yang tak suka daging ketam diproses seperti di atas.
Keropok lekor dan crab meat ball. Antara faktor sedap bagi keropok lekor ialah kandungan ikan, selain kemahiran pengusaha untuk meletakkan garam gula yang mencukupi, serta banyak MSG. Crab meat ball di gerai ni memang sedap. Sos cicah disediakan di setiap meja, dan rasanya sedap. 
All time favorite, goreng pisang. 
Sata... freshly grilled.. Memang sedap. 

Otak-otak
Goreng panas, terus hidang. Waktu tidak sibuk, kawasan hidangan ini sedikit berlalat dan tidak ditutup. Sebagai pengguna, perlu lebih berhati-hati dan sering memerhatikan.
Secara keseluruhannya, saya bagi 3.5 bintang untuk gerai ini. Tidak cukup 5 bintang, kerana faktor kebersihan yang perlu ditingkatkan oleh pekerja, khasnya di meja hidangan utama. Tapi realitinya, begitulah keadaan kebanyakan gerai-gerai tradisional di sini. Pelancong di Kuantan wajib melawat gerai ini.

No comments:

Post a Comment