Wednesday, 11 November 2015

Food Review: Restoran Nasi Ayam Cincang Goreng Berempah @ IM14

Antara kedai favorite saya untuk sarapan ialah di Restoran Nasi Ayam Cincang, yang terletak berhampiran dengan asrama pelajar perempuan MATA, Indera Mahkota 14.

Facebook restoran: klik
Koordinat: 3.829471, 103.273161

Restoran ini diasaskan pada tahun 2009 oleh jiran saya, Zul. Berasal dari Kelantan, menu restoran ini memang benar-benar menepati selera orang pantai timur.

Menu favorite saya ialah nasi ayam goreng berempah, nasi kerabu dan juga mee laksam telur puyuh. Banyak lagi juadah yang disediakan di restoran ini.

Kedai ini telah membuka cawangan baru di dalam TMG berhadapan Kolej Shahputra.

Lokasi Restoran Ayam Cincang, di IM14, berhampiran asrama MATA. 

Berniaga di dua lot kedai. Tempat makan yang selesa dan bersih. 

My all time favorite, nasi ayam cincang. Semuanya home made. Antara keunikan restoran ini ialah juadahnya dijamu di dalam kertas minyak bungkus sahaja, di atas pinggan. Cara tersendiri. Sambalnya memang sedap, dan turut dijual oleh Zul. Nasi ayam cincang ini sedapnya pada panas ayam yang baru digoreng berempah, kuah gulai serta sambalnya. Dimakan panas-panas, kita akan dapat merasai rasa yang serba serbi lengkap. 

Nasi minyak ayam merah. Terbaik. 

Meja untuk pengunjung berhampiran dengan bahagian membuat air. Kemas, tersusun, harga berpatutan. Kena dengan selera orang Kelantan. 
Take away...

Antara staf yang setia bekerja di restoran ini. Ini ialah bahagian hidangan utama. Ayam cincang berempah digoreng dan dihidangkan panas-panas untuk pengunjung. 
Restoran ini menjadi tempat bersembang, bermesyuarat tidak rasmi bagi staf yang bekerja di kawasan berhampiran, seperti Kastam, Mahkamah Kuantan, JPJ, sekolah-sekolah serta kawasan industri berhampiran.

Ianya juga menjadi tempat titik pertemuan bagi penduduk Taman Mahkota Idaman, IM14. 

Daripada sudut kebersihan dan kelazatan menu, saya bagi lima bintang :D


No comments:

Post a Comment