Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, atau lebih mesra dikenali dengan Zoo Kemaman, adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan untuk seisi keluarga bagi penduduk tempatan dan juga Kuantan.
Lokasi / koordinat: 4.298108, 103.385897
|
Pintu Masuk. Pengunjung perlu parking di SEBERANG JALAN BESAR 4 LANE. |
|
Ramai yang menyatakan taman rekreasi ini sedang berada di zaman kejatuhan. Maklumlah, bila bertukar MB.... |
|
Inilah jalan besar 4 lane yang perlu dilintas oleh pengunjung. Kereta agak laju di sini. Tiada zebra crossing apatah lagi traffic light. Pihak berkuasa tempatan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan taman ini mesra pengunjung. |
|
Surau disediakan untuk pengunjung Muslim |
|
Ada kolam mandi, sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Bayarannya murah sahaja. |
|
Tapir. Saya kurang pasti sama ada tapir ini stress atau tidak, tetapi saya berpendapat Zoo Kemaman ini perlu memperbaiki kesungguhan mereka menjaga kebajikan haiwan-haiwan di sini. |
|
Gajah. Tempat terbaik untuk mengenali dan berinteraksi dengan gajah, ialah di negeri Tok Gajah sendiri, di Kuala Gandah. |
|
Bagi saya, satu-satunya tempat menarik di Zoo ini, selain daripada kolam mandinya, ialah Canopy Walk. |
|
Pemandangan dari atas canopy walk |
|
Pemandangan dari atas canopy walk. Sepatutnya harimau berada di bawah. Tetapi entah ke mana pak belang hari tu.... |
|
Canopy walk. Menarik... |
|
Antara pemandangan ketika menuruni tangga Canopy Walk. Banyak kawasan yang asalnya ada haiwan, tetapi telah kekosongan. Harimau yang suatu ketika menjadi tarikan di bawah jambatan tergantung tersebut pun tiada semasa kami melawat. Kadang-kadang kedengaran suara ngauman, yang pada pendapat saya, mencadangkan keadaan tertekan haiwan tersebut. Allahua'lam. |
|
Kolam renang ini memang best. Katanya, dulu ada taman rekreasi air di hujung taman. Tetapi telah ditutup. Pegawai yang menjaga kaunter tidak cukup maklumat mengenai taman ini. |
|
Antara unggas yang dibiarkan bebas dalam taman ini. Dari pengamatan saya, kelihatan uzur. |
|
Akuarium gergasi, dengan refleksi tuan tanah di cermin :) |
|
Dari kaunter tiket, pengunjung ada pilihan sama ada berjalan sekitar 500 meter (atau mungkin lebih) ke kawasan tengah zoo, atau menaiki buggy ini. |
|
Taman permainan kanak-kanak turut disediakan. Kredit kepada petugas kebersihan kerana bertungkus-lumus menjaga kebersihan di sini. |
Secara jujurnya, zoo ini perlukan usaha untuk menaik taraf. Oleh kerana ianya mula dibuka pada tahun 2009, relatifnya zoo ini masih baru, dan masih tidak terlambat untuk mengekalkan kedudukannya sebagai tarikan perlancongan di selatan Terengganu.
Satu pesanan saya kepada bakal pengunjung, bawalah air dan makanan kudapan secukupnya. Gerai makanan di dalam zoo ini semasa hari saya berkunjung, dibuka lewat, sekitar jam 2 petang. Vending machine juga tidak diselenggara, berhati-hati apabila memasukkan duit di dalamnya. Harap dapat diperbaiki.
No comments:
Post a Comment