Rasa tidak 'real' melihat haiwan yang dikurung dalam kandang?
Jom kita jalan-jalan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang.
Website rasmi: klik
Koordinat: 3.592121, 102.144954
Ya, di manakah tempat yang lebih baik untuk berkenalan dengan gajah, kalau tidak di Negeri Tok Gajah?
Tujuan asal pusat ini ialah untuk menyelamatkan gajah-gajah liar di hutan-hutan seluruh negara akibat pembangunan di kawasan habitat asal mereka. Sejak ditubuhkan 30 tahun lalu, lebih 700 gajah berjaya diselamatkan di pusat ini.
Di sini, terdapat gajah denak (jinak, jadi driver, dan boleh menjinakkan gajah liar) serta gajah liar.
Yang bestnya, pengunjung dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti memberi makan gajah, menyaksikan persembahan berpendidikan gajah (bukan sarkis ye), melihat petugas memandikan gajah, atau yang lebih mencabar, mandi bersama gajah!
Tiada bayaran dikenakan, melainkan sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat tourist guide peribadi dan diberikan akses untuk mandi bersama gajah. Walaupun percuma, berikanlah sedikit sumbangan untuk tujuan konservasi gajah di negara kita.
Selepas mengisi borang untuk melawat (pakej percuma), pengunjung akan diberikan sticker untuk diletak di baju. Model dan RayBan tidak disediakan ye.. |
Bilik tayangan video. Tontonlah sekejap, supaya kita menghargai usaha petugas-petugas ini menjalan kerja fardu kifayah bagi pihak kita. |
Tulang gajah. Umur anggaran: 35 tahun |
Tempat parking. Kena menapak sikit. Tak jauh mana pun... |
Papan yang disediakan, sehingga habit pengunjung menampal sticker mereka di sini selepas selesai melawat. Elok juga idea ini kan? |
Pintu masuk.. |
Menapak lagi... |
Taman Herba. Rasanya ramai tak perasan, pasal orang datang sini nak tengok gajah |
Inilah dataran yang mana pengunjung boleh berinteraksi dengan gajah |
Ramai pelancong dalam dan luar negara. Pelancong luar negara kalau tak salah saya, perlu membayar, dan disediakan pakej tourist guide persendirian. |
Lepas mandi, pakat naik belaka. Dibawa oleh mahout. |
Gajah yang setia dengan penjaganya (mahout). Semua gajah ni ada nama masing-masing. |
Comel pulak gajah ni senyum. |
Lepas show, kita diberikan peluang untuk bergambar dengan gajah-gajah yang buat show tadi, dan disediakan buah-buahan untuk diberikan kepada gajah. Jangan rembat makan sendiri pulak ye.. |
Comel la pulak gajah yang bijak memahami arahan ni... |
Aktiviti di PKGK (daripada website):
Masa
|
Aktiviti
|
10.30 pagi - 12.00 tengahari
|
MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL INTERPRETASI:
Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.
|
1.00 & 1.30 petang
|
MENONTON TAYANGAN VIDEO
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.
|
2.15 petang
|
GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT
Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
|
2.45 -3.15 petang
|
PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI
Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.
Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.
Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan.
|
Tips:
1. Pastikan anda mengisi perut sebelum menyertai aktiviti di atas. Gerai makanan ada dijual di luar Pusat.
2. Alang-alang sampai ke Kuala Gandah, lawatlah dahulu Deerland Park, sekitar jam 11:00 tengah hari. Kemudian, barulah bergerak ke sini.
3. Fasiliti asas disediakan di sini, seperti surau, tandas awam, gerai jualan cenderahati, dan kafe. Bersih dan terjaga dengan baik.
4. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong asing.
5. Ramai pelancong asik suka mandi dengan gajah. Saya sendiri tak beberapa berkenan, kerana semasa melihat mahout memandikan gajah-gajah ni, banyak kali jugak mereka melepas.. hehe.
No comments:
Post a Comment