Setelah mengambil kira beberapa faktor, saya mengambil keputusan untuk membina website khas bagi merakamkan kisah permusafiran saya, keluarga dan rakan-rakan.
Maka, destinasi bertuah yang dipilih untuk menjadi entri sulung saya di blog ini, ialah catatan percutian kami sekeluarga di sebuah resort milik bumiputera di kolam air panas Bentong, iaitu Suria Hot Spring Resort. Resort ini dibuka sejak tahun 2014.
Dari Kuala Lumpur, anda boleh memilih sama ada exit Karak Highway di Genting Sempah (jalan kampung) atau lebih selesa, first exit selepas Tol Bentong. Dari arah Pantai Timur pula, boleh keluar di exit Bentong Timur. Lokasinya terletak di kolam air panas lama Bentong. Bukan di bandar Bentong ye, tapi lebih kurang 15 km melalui jalan lama yang sempit dan berkelok-kelok.
Kalau tersesat ke pekan Bentong, antara destinasi popular yang menjadi tumpuan ialah kedai aiskrim Kow Po. Bentong juga terkenal dengan destinasi durian Musang King. Pada musimnya, banyak gerai di tepi jalan, dengan harga yang lebih murah berbanding di tepi highway Karak.
Saya telah menjejakkan kaki ke resort ini sebanyak dua kali. Kali pertama ketika menghadiri mesyuarat, kali kedua pula bercuti bersama keluarga. Pengunjung boleh menghuni di bilik deluxe, atau pun di villa dengan private pool (air panas).
Deluxe room. Selesa untuk seisi sekeluarga |
Main reception. Dikelilingi bukit dan pemandangan hijau |
Villa, bagi yang menginginkan sentuhan kemewahan. |
Accomodation di belah kanan, childred pool dan juga bukit menghijau di belah kiri gambar. Karak Highway letaknya di bukit tersebut. Bersebelahan dengan Karak Highway sebenarnya resort ni... |
Dusun durian di depan resort |
Kolam untuk mak bapak budak, sekitar 4-5 kaki dalam rasanya. |
Di luar resort, ada sungai dan juga jambatan usang. Di hujungggg sana, Karak Highway. Misteriii |
Anak-anak saya amat suka dengan kolam air panas serta kolam mandi di resort ini.
Makanan di restoran juga sedap. Wifi laju, capaian di seluruh tapak resort (walaupun tiada bangunan lain di sekeliling resort ini).
Sekiranya anda ingin makan di luar, kedai terdekat sekitar 10 km. Tiada apa di sekitar resort ini, melainkan pemandangan yang menghijau.
wah menarik
ReplyDelete. nak try juga sekali dalam masa terdekat.
kena datang, memang best kalau kena dengan selera nature
Delete